VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 23/09/2010

11 kedai ubat palsu di Chow Kit diserbu

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Orang ramai yang berhasrat membeli ubat-ubatan tradisional dan produk kecantikan di beberapa buah kedai di Jalan Chow Kit di sini diminta membatalkan hasrat mereka itu.

Ini berikutan hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan ke atas beberapa kedai di kawasan itu hari ini mendapati kebanyakan peniaga menjual produk yang diharamkan.

Dalam pemeriksaan pada pukul 11 pagi, seramai 50 anggota penguat kuasa dari Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan diketuai Penolong Pengarahnya, Ahmad Zaki Ramli memeriksa 11 kedai ubat dan produk kecantikan.

Setelah diperiksa, kebanyakan daripada produk dijual adalah barangan seludup dan tidak didaftarkan secara sah.

Siasatan mendapati, peniaga yang majoritinya warga Indonesia menjual puluhan jenis ubat-ubatan tradisional seperti jamu, pil rangsangan seks, ubat sakit tulang dan sendi yang diseludup dari negara mereka.

Menurut Ahmad Zaki, walaupun ubat sakit sendi dan tulang yang dijual didakwa dihasilkan menggunakan herba atau ginseng, namun ujian makmal sebelum ini mendapati ubat tersebut dicampurkan bahan kimia iaitu 'kodein' dan 'steroid' yang boleh menyebabkan masalah reput tulang jika digunakan berlebihan.

Malah, katanya, ubat rangsangan seks yang dirampas bukanlah dihasilkan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sebaliknya mengandungi kimia berbahaya seperti 'sildenafil', plumbum atau merkuri yang boleh menjejaskan kesihatan.

"Dalam serbuan ini, kita turut merampas produk pelangsingan badan jenama Lami yang sudah diharamkan kementerian kerana mengandungi kimia 'sibutramine' yang boleh merosakkan sistem saraf tubuh," katanya ketika ditemui selepas selesai operasi itu di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zaki, pemeriksaan ke atas peniaga ubat tradisional di Jalan Chow Kit sudah banyak kali dilakukan namun peniaga masih ingkar dengan amaran pihaknya supaya tidak menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar.

Dalam pemeriksaan kali ini, kata beliau, pihaknya mengesan terdapat lebih 50 jenis ubat-ubatan dari Indonesia yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan dijual.

Antara produk-produk yang dirampas ialah jamu jenama Pil Tupai Jantan, Jaya Asli Anrat, Flu Tulang dan Cicungya, Busterin, Super Tetra, Kapsul Super Tenaga, Jamu Pendang, Maajun Kuat, Maajun Putra Acheh Cap Keris, Jamu Monalisa, Ubat Kuat Madu Pasak Bumi, Pil Pria Perkasa serta Pil Asrirapat.

Selain produk dari negara jiran itu, katanya, turut dirampas ialah produk keluaran tempatan namun tidak didaftarkan seperti jenama Air Ikan Haruan, Maajun 2 Istimewa, Raja Ubat Resdung dan pelbagai jenis jamu yang diharamkan.

"Kita anggarkan kesemua produk yang dirampas kali ini mencecah kira-kira RM100,000 berdasarkan harga pasaran," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.