VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 21/09/2010

Ulat teksi makin berleluasa di sekitar Terminal Bas Shahab Perdana

ALOR SETAR 20 Sept. - Kegiatan ulat teksi yang semakin berleluasa di sekitar Terminal Bas Shahab Perdana di sini menyebabkan pendapatan pemandu teksi di kawasan tersebut menyusut sehingga 80 peratus.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa (Perkasa), Jamaal Azhar Abd. Rahman, 45, berkata, sebelum ini rata-rata pemandu teksi boleh meraih RM150 sehari, namun sejak kebelakangan ini pendapatan mereka semakin berkurangan.

"Ulat-ulat teksi ini telah lama ada iaitu sejak 10 tahun yang lalu dan bilangan mereka semakin bertambah di sekitar terminal bas ini.

"Kini untuk mendapatkan RM60 sehari pun agak sukar kerana mereka akan berebut pelanggan dengan kami," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bagi mendapatkan pelanggan ulat-ulat teksi tersebut akan segera mengerumuni penumpang-penumpang yang baru turun dari bas.

"Pelanggan akan berasa tertipu kerana menyangka mereka adalah pemandu teksi yang berlesen.

"Kadang-kadang harga yang dikenakan juga terlalu mahal iaitu RM25 untuk jarak dari stesen bas ini (Shahab Perdana) ke Kuala Kedah sedangkan harga yang dikenakan pemandu teksi berlesen hanya RM18," ujarnya.

Katanya, kegiatan ulat-ulat tiket itu akan mencemarkan imej pemandu teksi di bandar raya ini di mata pelancong.

Jelasnya, keselamatan penumpang yang menaiki kereta ulat-ulat teksi itu juga tidak terjamin kerana kenderaan mereka tidak menjalani pemeriksaan setiap enam bulan di Puspakom.

"Kami perlu membawa teksi-teksi kami ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan keselamatan dan jika teksi kami tidak mematuhi syarat lesen tidak akan diberikan.

"Oleh itu kami sangat berharap pihak yang bertanggungjawab segera membanteras kegiatan ulat-ulat teksi ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.