ARKIB : 20/09/2010
Delima Oil sasar tingkat pasaran
![]() |
|
Zakaria Arshad menunjukkan minyak masak Saji keluaran Delima Oil. |
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Delima Oil Products Sdn. Bhd.(Delima Oil), anak syarikat Felda Holdings Bhd. menyasarkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran kepada 50 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
Ketika ini Delima Oil yang mengeluarkan minyak masak Saji dan marjerin Seri Pelangi menguasai kira-kira 30 peratus pasaran minyak masak dan marjerin di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Arshad berkata, sasaran positif itu bersandarkan kepada beberapa strategi pemasaran agresif oleh Delima Oil.
Ini termasuk meningkatkan kapasiti pengeluaran di kilangnya di Pasir Gudang, Johor dan melancarkan produk-produk baru tahun depan.
""Kami akan keluarkan produk baru untuk marjerin bagi kegunaan industri, ia lebih lembut dan tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.
"Untuk kegunaan isi rumah pula, kami akan memperkenalkan pembungkusan baru marjerin Seri Pelangi yang lebih moden dan menarik,"katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Perniagaan Delima Oil bermula apabila FELDA mengambil alih syarikat Sawit Oil Sdn. Bhd. pada 1975 sebelum ditukar namanya kepada Delima Oil Products Sdn. Bhd. pada tahun 2000.
Delima Oil memiliki sebuah kilang penapisan, pemeringkatan dan pembungkusan bersepadu di Pasir Gudang, Johor. Ia juga mengilang dan memasarkan minyak kelapa sawit yang telah diproses serta produk-produk pengguna dan perindustrian.
Selain minyak masak dan marjerin, Delima Oil turut mengeluarkan lelemak untuk doh dan minyak sapi daripada sayuran dikhususkan kepada pelanggan industri terutama kilang biskut dan bakeri.
Ditanya tentang persaingan yang dihadapi di dalam pasaran domestik, Zakaria berkata, Delima Oil sentiasa peka terhadap kemahuan pengguna.
"Kami sentiasa menjaga mutu produk yang dikeluarkan dan amat menitikberatkan aspek kebersihan dan konsep halal," kata beliau.
Jelas Zakaria, berbeza dengan syarikat-syarikat pengeluar minyak masak dan marjerin yang lain, Delima Oil memiliki kelebihan tersendiri terutama dari segi kawalan mutu dan jaminan halal.
Ini kerana sebagai anak syarikat Felda, syarikat itu menggunakan bahan mentah dan kemudahan yang disediakan oleh syarikat induknya.
"Daripada minyak sawit mentah hinggalah pengangkutan produk akhir kesemuanya dimiliki Felda, jadi kita dapat pastikan prosesnya adalah bersih dan halal berbanding syarikat-syarikat lain yang mendapatkan bahan mentah daripada pelbagai sumber," tambah beliau.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










