VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 16/09/2010

Aset rahsia ATM perlu dilindungi

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin menegaskan bahawa pemilikan aset strategik ATM merupakan maklumat berdarjah yang perlu dilindungi kerahsiaannya.

Namun, katanya, sejak akhir-akhir ini, pendedahan maklumat tersebut oleh sesetengah pihak semakin berleluasa tanpa ada kesedaran tentang implikasi negatif terhadap kewibawaan ATM dan kemampuan pertahanan negara.

"Perlu disedari, sebarang kompromi mengenainya akan menjejaskan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan ATM dalam melindungi kedaulatan negara.

"Rakyat Malaysia diminta agar lebih prihatin dan bertanggungjawab agar keselamatan dan kerahsiaan pertahanan negara tidak tercemar," tegas beliau dalam perutusan khas sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-77, esok.

Pada 4 Ogos yang lalu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar telah mengeluarkan kenyataan memburuk-burukkan sistem pertahanan negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia.

Nurul Izzah menuduh kononnya kapal selam negara yang dianggap sebagai aset canggih yang digeruni di rantau ini itu sebagai telah usang sehingga tidak boleh menyelam.

Dalam pada itu, Azizan berasa berbesar hati dan terharu kerana mulai tahun ini, sambutan Hari Ulang Tahun ATM Ke-77 akan disambut serentak dengan Hari Malaysia.

Katanya, ATM akan sentiasa kekal menjadi perisai serta tulang belakang pertahanan negara bagi memastikan keselamatan, kemakmuran tanah air tercinta.

Tambahnya, berkat komitmen jitu dan kesepakatan yang mapan antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan agensi-agensi keselamatan, pelbagai ancaman dan isu keselamatan sehingga kini dapat ditangani dengan profesional, berkesan dan berhemah.

"Demi meneruskan kecemerlangan tersebut, ATM akan mengekalkan 'Komitmen Kami, Keyakinan Anda' sebagai tema hari ulang tahun kali ini.

"Kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga ATM mengikrarkan komitmen kami untuk keyakinan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Tambahnya, peranan dan sumbangan ATM demi menjaga keamanan sejagat terus menerima pengiktirafan dan kepercayaan daripada masyarakat dunia atas khidmat cemerlang dalam misi-misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, sehingga kini, seramai 178 pegawai dan 685 anggota tentera yang sedang berkhidmat sama ada dalam operasi pengaman mahupun pemerhati di seluruh pelosok dunia.

Azizan berkata, usaha untuk melengkapi ATM dengan peralatan yang sewajarnya akan diteruskan bagi kekal sebagai institusi pertahanan yang terkehadapan di dalam operasi bantuan kemanusiaan dan bencana alam seperti yang telah dibuktikan di Banda Aceh, Sumatera Barat, Republik Rakyat China dan Pakistan.

"Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ATM kali ini, marilah kita sama-sama mendoakan agar roh para pahlawan yang telah berkorban semasa melaksanakan tugas dicucuri rahmat dan para balu anggota yang tercedera dan hilang upaya serta keluarga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup.

"Kesempatan ini juga mengajak sekalian rakyat Malaysia mendoakan warga ATM yang sedang bertugas menjaga keamanan sama ada di perbatasan, samudera raya, angkasa raya atau di luar negara sentiasa dilindungi dan dijauhi daripada malapetaka," ujarnya.

Katanya, apa yang boleh dijanjikan di sini ialah warga ATM akan melaksanakan tugas dengan gagah dan setia serta memberi khidmat yang terbaik tanpa mengira masa dan ketika demi menjaga maruah negara, agama dan bangsa.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.