VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 14/09/2010

Suami saya pemalu orangnya- Rosnah Mat Aris




ROSNAH Mat Aris merupakan antara pelakon drama televisyen dan filem tempatan yang menerima rezeki berlimpah ruah sama ada dalam bidang lakonan mahupun jodoh pertemuan yang telah ditentukan Allah ke atasnya.

Selain tidak putus-putus menerima undangan berlakon, pelakon berusia 55 tahun ini juga bersyukur kerana telah dipertemukan jodoh. Malah suaminya, Thaj Eiefendie 26 tahun lebih muda daripada usianya.

Bagaimanapun, sejak berkahwin pada 2008, Rosnah yang telah bergelar pelakon sejak hampir 20 tahun lalu tidak menafikan jarang membawa suaminya ke majlis-majlis yang dihadirinya sejak kebelakangan ini.

Menurut pelakon filem 4 Madu ini, dia bukan sengaja mahu menyorokkan suaminya, sebaliknya kesibukan dengan perniagaan menyebabkan mereka jarang dapat bersama dalam majlis-majlis yang dihadirinya.

"Suami saya sibuk dengan perniagaannya. Macam-macam perniagaan dilakukannya termasuklah menolong saya berniaga juadah berbuka puasa sepanjang bulan puasa lalu. Lagipun suami saya itu pemalu sikit orangnya.

"Jadi jarang dia ikut saya ke majlis-majlis yang saya hadiri seperti pelancaran filem atau drama lakonan saya," katanya kepada Hits selepas pratonton filem 4 Madu di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam filem itu, Rosnah melakonkan watak seorang isteri yang sengau dan berlakon bersama dengan ramai pelakon popular antaranya Saiful Apek, Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Bienda dan Datuk Rahim Razali.

Pelakon yang terkenal dengan watak-watak komedi ini pada masa sama tidak menafikan suaminya sering bersamanya dalam perniagaan yang dijalankannya sepanjang bulan Ramadan ini di Taman Greenwood, Gombak, Selangor.

Kata Rosnah, dia mengambil kesempatan itu berkongsi minat dan tenaga bagi memasak sendiri juadah berbuka puasa di gerainya yang mendapat sambutan hangat para pengunjung dengan menjual pelbagai jenis masakan.

"Saya lebih suka berniaga di gerai kerana semua pengunjung boleh datang tanpa mengira latarbelakang tetapi kalau berniaga di restoran pelanggan saya mungkin agak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

"Sebelum ini saya pernah berniaga di sebuah kantin di sebuah premis dan sambutan agak berbeza dengan berniaga di gerai pada bulan puasa. Biasanya suami saya akan membantu saya di gerai kami," ujarnya.

Jelas Rosnah, biarpun Thaj jarang menemaninya di majlis-majlis yang dihadirinya tetapi para peminat berpeluang melihat suaminya itu pada setiap petang sewaktu mereka menjalankan perniagaan di gerai tersebut.

Malah, pelakon yang mesra dengan panggilan Kak Ros ini juga tidak malu memperkenalkan suaminya kepada para pengunjung di gerai mereka.

"Ramai juga yang terkejut apabila saya perkenalkan suami saya kerana dia jauh lebih muda daripada saya. Kami berdua berkongsi minat yang sama iaitu berniaga, tidak kiralah apa juga jenis perniagaan.

"Kalau tidak ada penggambaran drama atau filem kami lebih suka buat perniagaan sendiri. Sebab itu, kalau ada tawaran penggambaran yang lokasinya jauh dan di luar Kuala Lumpur saya keberatan menerimanya," tuturnya.

Pada setiap petang sepanjang Ramadan lalu, Rosnah berniaga pelbagai jenis juadah antaranya rendang ayam, daging, nasi beriani, laksa Cina dan lauk pauk lain yang dimasaknya sendiri dengan bantuan suaminya itu.

Biarpun sibuk mempromosikan filem terbarunya, 4 Madu arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang ditayangkan sejak 1 Syawal, tetapi Rosnah tidak ketinggalan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Sambil menyifatkan persiapannya hanya ala kadar tetapi dia tetap tidak melupakan keperluan suaminya termasuk berhari raya di kampung mertuanya di Melaka pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama.

"Raya bagi saya kurang meriah sejak ibu bapa saya meninggal dunia. Sekarang ini saya lebih banyak beraya di rumah keluarga suami saya. Tengah hari hari raya pertama saya beraya di rumah keluarga suami saya.

"Saya tidak banyak buat kuih raya tetapi hidangan raya saya masak sendiri nasi impit dengan sambal kacang kegemaran suami saya. Saya memang suka masak dan makan," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.