ARKIB : 10/09/2010
1,000 buah kedai jualan Singer dalam tempoh 5 tahun
PETALING JAYA 9 Sept. - Pemegang lesen jualan jenama Singer dari Amerika Syarikat, Singer (Malaysia) Sdn. Bhd. menyasarkan penguasaan syarikatnya meningkat kepada 10 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang melalui pengoperasian 1,000 kedai jualan di seluruh negara.
Setakat ini, penguasaan pasaran Singer dalam segmen kelengkapan rumah di Malaysia sekitar lima peratus dengan kira-kira 600 buah kedai jualan.
Pengarah Urusannya, Yeap Dein Wah berkata, Malaysia mempunyai pasaran yang amat luas untuk diteroka dan ia memberi peluang kepada syarikat untuk terus berkembang.
"Kami sedang mengintai kawasan-kawasan pinggir bandar dan pedalaman untuk pembukaan tambahan 400 buah kedai jualan Singer kerana kami mempunyai pasaran khusus setakat ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Singer di sini, baru-baru ini.
Singer merupakan anak syarikat Berjaya Retail Bhd. yang kini berusia 104 tahun dengan 600 buah kedai jualan seluruh negara dan 3,000 ejen jualan.
Ketika ditanya mengenai perolehan syarikat dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, beliau berkata, syarikat telah memperoleh peningkatan perolehan sebanyak 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan jumlah perolehan dalam ringgit.
Mengenai pengiklanan Singer yang didapati semakin berkurangan pada waktu ini di media massa berbanding tahun 1980-an 1990-an, Dein Wah berkata, pihaknya bukan berdiam diri sebaliknya mempunyai strategi tersendiri.
Katanya, pendekatan pengiklanan dari 'mulut ke mulut' melalui kekuatan ejen-ejen jualannya di seluruh negara turut membantu mempromosi jenama Singer.
"Pada usia syarikat yang matang ini, kami turut mempunyai ramai pelanggan setia yang sentiasa memberi sokongan kepada Singer.
"Sehingga kini, Singer mempunyai purata 50 peratus pelanggan ulangan yang membeli barangan jenama Singer setiap tahun dan ia merupakan satu petanda yang baik,'' ujarnya.
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Glomac sasar jualan RM900j
Nomad yakin sambutan pejabat
Maxis sasar jual 30,000 unit telefon pintar TRW
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










