ARKIB : 08/09/2010
Belajar sembelih ikut syariat
![]() |
|
SEBAHAGIAN pelajar diajar cara-cara melakukan penyembelihan yang betul semasa mengikuti Kursus Sembelihan Halal di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini. |
KUALA TERENGGANU 7 Sept. – Tidak ramai di kalangan generasi muda yang berpengetahuan dan berpengalaman melakukan sembelihan ternakan mengikut kaedah sebenar tuntutan Islam.
Justeru ramai yang bergantung harap kepada generasi tua kerana merasakan ia bukan suatu perkara yang penting untuk dilakukan sendiri.
Ini menyebabkan di sesetengah tempat semakin sukar dicari orang yang sanggup dan yakin melakukannya.
Sedangkan tuntutan mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting di mana sahaja bagi setiap umat Islam kerana pemakanan adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal dan perkembangan minda.
Pengetahuan tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan.
Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan agar dagingnya halal dimakan dengan kaedah terbaik dan bersih di samping dilakukan dengan rasa kasih sayang.
Ini mendorong 120 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengikuti Kursus Sembelihan Halal anjuran Pusat Islam UMT baru-baru ini.
Pegawai pusat tersebut, Rodiah Mustafa berkata, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengetahuan asas kursus penyembelihan mengikut cara Islam yang sebenar serta memahami konsep sebenar pensyariatan ibadat tersebut.
“Kursus ini menekankan betapa pentingnya mencapai tahap halal dari segala segi dalam kehidupan seorang Muslim bagi menjamin kesejahteraan dan kesinambungan umat Islam.
“Kursus ini juga salah satu ilmu tambahan kepada penuntut, selain penekanan kepada pembelajaran di bilik kuliah yang sebelum ini menjadi keutamaan penuntut apabila menjejak kaki ke universiti,” ujarnya.
Program yang diadakan di kolej kediaman pelajar dilakukan secara bergotong-royong dengan melibatkan 60 ekor ayam serta seekor kambing dan selepas selesai kursus sembelihan, para pelajar memasak bersama-sama sembelihan tersebut.
Peserta program berkenaan, Mohd. Shazili Salim berkata, kursus ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada penuntut di sini kerana masih ramai yang tidak yakin dan ragu dengan cara penyembelihan sebenar.
“Jika di luar kampus, pengusaha sektor penternakan turut menjalani kursus seumpama ini bagi membolehkan mereka mendapatkan sijil halal bagi premis dan juga hasil keluarannya.
“Kursus ini bukan sekadar teori tetapi para peserta juga diberi peluang membuat latihan praktikal, bagi mengelakkan timbul rasa sangsi sama ada haiwan yang disembelih itu halal dimakan atau tidak,” katanya.
Seorang lagi peserta, Mohd. Khairi Hilmi Mohd. Rani memberitahu, kebaikan sistem sembelihan yang digariskan oleh Islam dalam menghasilkan daging halal untuk tubuh badan manusia telah diakui oleh hasil kajian sains.
“Sesetengah negara Barat yang prihatin dengan kebajikan haiwan telah menolak penggunaan sistem ‘stunning’ yang disifatkan proses penyeksaan dan tekanan ke atas haiwan sebelum disembelih.
“Barat baru sedar kesan tekanan yang ditanggung haiwan dalam proses tersebut dan pentingnya menjaga keselesaan haiwan semasa proses penyembelihan bagi menjamin daging berkualiti,” katanya.
Staf beriadah dengan Naib Canselor
Tingkat potensi diri dalam pasaran kerja
USM cipta dapur boleh cas telefon bimbit
Rahman terima anugerah UKM
Graduan cemerlang selesa mengajar di pedalaman
UTM B ungguli Pertandingan Robocon 2013
Jangan jadi kacang lupakan kulit
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











