VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 08/09/2010

Dua program raya menarik Siti Nurhaliza


Siti (tengah) bersama empat idolanya, dari kiri Jeffrydin, Hail Amir, Nora (dua dari kanan) dan Mus May (kanan) ketika menjayakan sesi rakaman konsert Di Hati... Siti Nurhaliza yang bakal bersiaran di TV9 pada hari raya pertama pukul 10 pagi.


SETIAP kali tibanya lebaran, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pasti tidak pernah ketinggalan menghiburkan peminat setianya menerusi program-program khas yang diterbitkan.

Ini termasuklah dua program berkonsepkan muzikal iaitu Konsert Di Hati... Siti Nurhaliza di TV9 dan Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza yang bakal bersiaran di Astro Ria.

Jika sebelum ini peminat hanya melihat Siti tampil solo atau bergandingan dengan artis-artis popular negara, kini mereka berpeluang menyaksikan penyanyi nombor satu negara itu berpadu suara dengan idolanya di bidang nyanyian dalam Konsert Di Hati... Siti Nurhaliza.

Program yang dilihat cukup berbeza daripada mana-mana program raya yang pernah dijayakan oleh Siti itu dijadualkan bersiaran pada hari raya pertama pukul 10 pagi.

Idola-idola Siti yang menjayakan program tersebut ialah Datuk Jeffrydin, Hail Amir, Mus May dan Nora.

Selain mempersembahkan lagu-lagu popularnya, Siti juga bakal berduet mempersembahkan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh idola-idolanya dari era 60-an hingga kini.

Penerbit dan pengarah rancangan itu, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) ketika dihubungi Hits, memberitahu rancangan tersebut adalah pertama kali menggabungkan paduan suara Siti dan idola-idolanya sepanjang penglibatan kerjaya 15 tahun di bidang nyanyian.

“Ini merupakan rancangan untuk dia (Siti) menghargai idola-idolanya.

“Ada cerita di sebalik penerbitan rancangan ini. Memandangkan ia merupakan pertama kali program raya Siti di TV9 maka, kami pun fikirkan sesuatu yang berlainan daripada mana-mana rancangan raya yang pernah Siti jayakan.

“Menariknya apabila kami bertanya kepada Siti siapakah idola-idolanya, Siti menjawab mengikut era.

“Memang ramai nama-nama yang dia sebut namun, kami hanya mengambil empat orang daripada idolanya bagi mewakili era-era tertantu,” katanya.

Jika Jeffrydin terkenal dengan penampilan kasut putih di setiap persembahan dan tarian goyangnya, kata Gbam, Siti juga mampu mengingati setiap filem yang dilakonkan oleh Hail Amir.

Begitu juga dengan Mus May yang menurut Siti berkemampuan melantunkan nada tinggi dalam nyanyian.

Terdapat dua nama yang diberikan oleh Siti sebagai idolanya di era 90-an iaitu Ziana Zain dan Nora.

Namun, jelas Ahmad Shaifullizam, memandangkan Ziana terikat dengan jadual tersendiri maka pihaknya memilih Nora untuk menjayakan program tersebut.

Konsert yang dirakamkan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sekitar April lalu itu menurut Gbam sengaja dilakukan lebih awal memandangkan jadual harian Siti kian padat menjelang musim perayaan Aidilfitri.

“Sepanjang 10 tahun saya bekerja inilah program raya yang saya kira paling awal dirakamkan. Bukan apa, untuk mendapatkan masa yang selari antara Siti dengan barisan artis lain yang turut terlibat bukanlah mudah.

“Pelbagai idea dan konsep untuk dimuatkan dalam program tersebut juga kami lakukan dalam tempoh yang agak singkat hanya dua minggu.

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan apa yang mengejutkan kami ketika sesi rakaman dilakukan hampir 2,000 penonton hadir memberi sokongan kepada rancangan tersebut,” katanya.

Tirai persembahan dibuka dengan persembahan medley lagu-lagu popular Siti Nurhaliza seperti Destinasi Cinta, Kau Bagaikan Permata, Percayalah, Jerat Percintaan dan Siti Situ Sana Sini oleh Siti dan empat idolanya.

Nostalgia 60-an berjaya dikembalikan apabila Siti muncul di tengah-tengah pentas sambil disisinya terhias sebuah motosikal vespa yang cukup sinonim dengan era tersebut.

Ia umpama simbolik menjemput kehadiran Jeffydin ke pentas utama menghiburkan peminat menerusi lagu Peristiwaku.

Siti dan Jeffrydin kemudiannya berpadu suara menerusi medley popular Jeffrydin di zaman kegemilangannya iaitu Termenung dan Kenanganku.

Menyuntik kenangan era 70-an, Siti tampil dengan gaun labuh berbunga yang cukup simbolik di era tersebut.

Siti melantunkan vokal mantapnya mendendangkan lagu Oh Di Mana sebelum bergandingan dengan idolanya, Hail Amir menerusi lagu Katakanlah.

Sebelum meninggalkan pentas, Hail turut menghiburkan peminat menerusi lagu hitnya, Wajah Kesayangan Hamba.

Selain itu, Siti turut berduet bersama Mus May menerusi lagu Sendiri sebelum tampil menyanyikan lagu Di Persimpangan Dilema yang pernah dipopularkan oleh Nora.

Pada konsert itu juga Siti tidak melepaskan peluang berpadu suara menerusi medley Katakan dan Hanya Satu yang cukup mempamerkan keunggulan vokal dua penyanyi tersebut.

“Apa yang hendak diketengahkan dalam program ini, ialah bagaimana Siti dan idola-idolanya berduet menyampaikan lagu-lagu yang dahulunya menjadi siulan ramai anak muda.

“Apa yang pasti, biarpun lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu lama tetapi diberi susunan muzik moden oleh pengarah muzik Faizal Uzir,” katabya.

Sebelum melabuhkan tirai persembahan, Siti sekali lagi berpadu suara bersama keempat-empat idolanya menerusi lagu Seloka Hari Raya.

“Sengaja untuk program ini kami tidak beri terlalu sarat pendekatan raya sebab saya pasti hampir setiap saluran programnya lebih tertumpu kepada hari raya. Jadi, ini satu pilihan yang berlainan,” katanya.

Tanggal 7 September ini pukul 10 malam di TV9, peminat berpeluang menyaksikan di balik tabir pembikinan konsert tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.