VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 25/08/2010

Harapan Siti untuk Panggilan


REZEKI... Siti turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada anak-anak yatim dari Rumah Silratulrahim Nurul Qana'ah, Greenwood, Gombak, Selangor.


APABILA memperkatakan tentang lagu-lagu raya, memang ramai yang akan bersetuju lagu-lagu klasik atau malar segar (evergreen) masih lagi menjadi pilihan.

Biarpun ada penyanyi yang mengeluarkan lagu raya baru seiring dengan kehendak pasaran muzik tempatan, namun ia dilihat tidak berupaya menandingi kehebatan lagu-lagu raya yang lama.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza barangkali boleh dianggap sebagai penyanyi generasi baru yang cukup bertuah kerana hampir kesemua lagu-lagu raya nyanyiannya sudah mencapai tahap malar segar.

Biarpun lagu-lagu itu masih berusia dalam tujuh hingga 12 tahun, ia tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menjadi karya klasik.

Selain melodi yang menarik, kekuatan vokal Siti mengalun lagu-lagu itu juga merupakan faktor utama mengapa ia mampu diterima dengan baik biarpun ada yang berentak pop dan moden.

Hasilnya, ia dapat bertahan untuk tempoh yang cukup lama setanding dengan lagu-lagu raya popular yang lain.

Antara lagu-lagu alunan indah Siti yang menjadi putaran wajib setiap kali menjelangnya Syawal adalah Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Air Mata Syawal dan Bila Hari Raya Menjelma.

Sememangnya Siti cukup bertuah kerana beberapa lagu nyanyiannya itu dicipta oleh komposer terkenal, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah.

"Bagi saya, peredaran masa memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesebuah lagu raya itu.

"Kalau kita perhatikan, lagu-lagu yang sudah menjadi evergreen merupakan lagu yang dihasilkan mengikut aliran muzik ketika itu.

"Sebagai contoh, lagu Hari Mulia (Datuk Sheila Majid), Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir) dan Menjelang Hari Raya (Datuk D.J Dave) semuanya memiliki rentak yang tersendiri sehingga mampu menjadi popular dan bertaraf klasik," ujarnya memberikan buah fikiran saat diajukan pertanyaan tersebut.

Dalam masa yang sama juga, Siti menjelaskan komposer dan penulis lirik juga harus memainkan peranan penting dalam menghasilkan karya yang cepat menangkap pendengaran pendengar atau istilahnya, catchy.

Penyanyi popular itu berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan pelancaran single raya terbaru, Panggilan di Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Siti juga meraikan dan menghulurkan sumbangan peribadi kepada 22 orang anak-anak yatim dari Rumah Silratulrahim Nurul Qana'ah, Greenwood, Gombak, Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.