VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 23/08/2010

Dutch Lady bantu penternak lembu tenusu tempatan

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Peneraju produk tenusu tempatan, Dutch Lady Milk Industries Bhd. (DLM) melalui Program Pembangunan Tenusu Dutch Lady giat menyalurkan kepakaran dan maklumat kepada para penternak tempatan untuk membekalkan hasil susu segar secara terus kepada syarikat tersebut.

Menerusi program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), DLM menjangkakan perkongsian kepakaran akan membuahkan kejayaan seperti mana yang dilakukan oleh penternak Belanda, Indonesia dan Vietnam di bawah naungan FrieslandCampina.

Projek Program Pembangunan Tenusu Dutch Lady dimulakan pada Mei 2008 apabila syarikat itu mendapati pengeluaran susu segar tempatan hanya mewakili tiga peratus daripada keseluruhan keperluan susu di Malaysia.

Jumlah itu amat kecil jika dibandingkan keperluan rakyat dan industri tenusu di Malaysia.

DLM mendapati kadar tahunan bagi jumlah susu yang dibekalkan kepada industri tenusu adalah sebanyak lima juta liter setahun dan DLM dibekalkan dalam lingkungan 50 peratus dari jumlah tersebut.

Berikutan itu, program yang turut melibatkan penyertaan kedutaan Belanda tersebut dilancarkan dengan objektif meningkatkan penghasilan susu segar tempatan bagi keperluan industri sambil membantu penternak menjual hasil mereka kepada pelanggan.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Kawal selia DLM, Rohana Safinah Abdul Hamid, pihaknya mengamalkan konsep pembelian susu segar terus dari ladang ke DLM, selain menyediakan skim pembayaran menarik melalui sistem pemberian bonus dan sistem penalti (berdasarkan kualiti susu).

Sebagai contoh, katanya, bagi susu digredkan A akan dibayar RM2 seliter, gred B (RM1.80 seliter) dan gred C (RM1.70 seliter).

"Konsep ini sedang digunapakai oleh para penternak di Melaka di mana terbahagi antara penternak persendirian dan koperasi," katanya kepada Utusan Malaysia sempena lawatan ke ladang ternakan di Melaka baru-baru ini.

Katanya, Koperasi Serbaguna Tenusu Melaka Bhd., telah memasarkan kesemua susu yang dikeluarkan dari lima pusatnya iaitu dari Jasin, Merlimau, Masjid Tanah, Air Molek dan Alor Gajah dengan jumlah 38,000 liter seminggu.

Rohana Safinah memberitahu, di Melaka sahaja terdapat 85 penternak ladang lembu dengan jumlah lembu induk sebanyak 1,137 ekor.

Beliau berkata, semua baka lembu tenusu itu diimport dari New Zealand dan Thailand.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Serbaguna Tenusu Melaka, Jusuwantha Singh Dulip Singh berkata, kunci kejayaan untuk lembu-lembu itu menghasilkan susu yang baik dan banyak adalah persekitaran, keselesaan, pemakanan dan waktu rehat yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 16 jam sehari.

"Lembu-lembu tenusu agak sensitif dengan keadaan dan jika tidak diberi perhatian dan penjagaan baik ia akan menjejaskan kualiti serta kuantiti susu yang dihasilkan nanti, oleh sebab itulah kebanyakan penternak akan menghabiskan keseluruhan masanya di kandang-kandang lembu," katanya.

Ujarnya, penternak perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM3,000 hingga RM5,000 sebulan bagi membeli makanan lembu dan ia tidak termasuk kos-kos sampingan lain.

Beliau memiliki 60 ekor lembu dengan 40 ekor adalah ibu dan 20 ekor adalah anak lembu dengan kapasiti penghasilan susu sekitar 180 liter hingga 200 liter susu gred A melalui dua kali perahan sehari.

Ketua Seksyen Tenusu Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Siti Salmiyah Tahir berkata, Ladang Tenusu Paabas di Alor Gajah Melaka merupakan antara ladang tenusu yang dibangunkan secara sistematik dan terurus.

Dibangunkan dengan kerjasama Induk Cekal Sdn. Bhd., anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka dengan lembu permulaan sebanyak 50 ekor lembu induk dan dua ekor lembu pejantan baka Jersy tulen dipelihara di atas tanah berkeluasan 2.4 hektar.

Projek itu dibangunkan untuk 64 peserta di bawah Program Membasmi Kemiskinan dan ketika ini mempunyai 272 ekor.

Pusat itu dikawal selia oleh JPV dan disasarkan pengeluaran susu sebanyak 45,000 liter menjelang Disember ini.

Beliau berkata, sehingga Jun lalu JPV telah menerima 9.7 juta liter susu yang dikeluarkan oleh ladang-ladang seluruh negara.

"Melalui program bersama DLM ini, JPV akan mengendalikan kajian kualiti ke atas susu yang dikeluarkan, selain membuat lawatan sambil belajar ke ladang-ladang susu yang telah dikenal pasti," katanya.

Siti Salmiyah menambah pihaknya juga akan membantu daripada segi penumpuan sokongan dan teknikal kepada penternak, memaksimumkan sumber, meningkatkan hasil serta membantu ke arah pembangunan ladang ternakan baru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.