VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 20/08/2010

Pembelajaran sepanjang hayat jadi agenda - Muhyiddin

20/08/2010 4:03pm

PUTRAJAYA 20 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program pembelajaran sepanjang hayat akan dijadikan sebagai agenda untuk meningkatkan keupayaan modal insan negara.

Beliau berkata, program yang dijadikan sebagai tiang ketiga selepas pendidikan asas dan pendidikan tertiari dianggap penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 28 peratus pada masa ini kepada 33 peratus menjelang 2015.

"Kita bersetuju ini aspek yang penting dalam kertas yang dibentangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2010-2020, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini hari ini.

Katanya, antara institusi yang dijangka terlibat dalam menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat termasuklah kolej komuniti, politeknik, institusi pengajian tinggi awam, agensi kerajaan dan institusi pendidikan jarak jauh. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.