VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 14/08/2010

Bentuk jati diri pelajar


Abd. Rahim Hanafi (berkaca mata gelap) bersama guru dan pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Bachok, baru-baru ini. - UTUSAN/Zuharman


BACHOK 13 Ogos - Jarang sekali kedengaran pertunjukan tatu Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan di padang sekolah semata-mata untuk tontonan para pelajar dan guru.

Ini kerana, lazimnya persembahan tatu menjadi acara istimewa pada sambutan hari-hari kebesaran tertentu seperti Hari Kemerdekaan, Hari Polis dan sebagainya.

Namun, warga Sekolah Menengah Teknik (SMT) Bachok bertuah apabila pertunjukan tatu dipertontonkan khusus kepada mereka sempena majlis pelancaran Bulan Disiplin sekolah berkenaan baru-baru ini.

Lebih istimewa apabila persembahan tatu itu turut melibatkan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Rahim Hanafi yang tampil dengan berbaju Melayu lengkap mempamerkan pelbagai aksi menarik menggunakan sebuah motosikal berkuasa tinggi milik PDRM.

Kehebatan Abd. Rahim itu memukau ratusan pelajar dan guru sekolah berkenaan. Turut menyaksikan persembahan beliau ialah Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh.

Bagaimanapun, mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh Ketua Polis negeri itu ialah bukan menunjuk lagak, sebaliknya mahu pelajar membentuk jati diri sebagai seorang insan yang berdisiplin tidak kira walau di mana sahaja mereka berada.

Abd. Rahim berkata, pelbagai aksi dalam pertunjukkan motosikal berkuasa tinggi itu bukan untuk ditiru tetapi lebih kepada membentuk kekuatan fizikal, emosi dan kerohanian para pelajar.

"Daya keterampilan perlu ada, misalnya cara berinteraksi, cara berjalan dan inilah yang mahu diterapkan kepada mereka supaya memiliki ketahanan mental dalam memperkasakan disiplin diri," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Dalam ucapan itu juga, beliau menekankan kepentingan disiplin sebagai satu elemen penting yang harus disemai dalam kehidupan seseorang individu tidak terkecuali pelajar.

Ini kerana katanya, tanpa disiplin jarang sekali kerja dilakukan menghasilkan impak yang baik serta boleh memuaskan hati setiap individu.

"Disiplin memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang lebih-lebih lagi remaja yang masih di bangku sekolah.

"Ini kerana perkembangan arus globalisasi menyaksikan terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui dan ditempuhi oleh seseorang pelajar," katanya.

Justeru menurut Abd. Rahim, disiplin diri adalah menjadi faktor utama dalam memacu perkembangan dan potensi seseorang pelajar untuk menjadi generasi yang seimbang dari segi mental dan fizikalnya.

Tegasnya, masyarakat yang berilmu serta berakhlak mulia adalah masyarakat yang lahir melalui pembentukan disiplin yang baik, bahkan itulah masyarakat yang bakal menjana keharmonian dan kemakmuran agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil kepada pengawas sekolah dan asrama sekolah berkenaan.

SMT Bachok dibina pada 22 Julai 1997 dan mula digunakan pada 1 Januari 2000 dengan kuantiti pelajar hanya seramai 313 orang berbanding sekarang mencecah hampir 2,000 pelajar.

Sekolah tersebut pernah menerima anugerah Sekolah Harapan Negara 2004 di samping Anugerah Kualiti Kementerian Pelajaran bagi 'Pengurusan Kewangan dan Aset' pada tahun sama.

Sementara itu Setiausaha Kokurikulum sekolah berkenaan, Zulkifli Awang berkata, rasional pihak sekolah menjemput pihak PDRM merasmikan pelancaran program tersebut berdasarkan prinsip jabatan berkenaan yang memperkasakan disiplinnya.

"Asas atau kecemerlangan berdisiplin pihak PDRM memang diakui umum dan kita inginkan ilmu itu dikongsi dengan pelajar-pelajar untuk memantapkan disiplin mereka," katanya.

Mengulas pelancaran Bulan Disiplin sekolah itu beliau berkata, ia bertujuan melahirkan warga negara yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.