VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 14/08/2010

Keunikan pengalaman berpuasa di Indonesia

TAHUN ini merupakan tahun kedua penulis menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan di Indonesia. Buat sekian kalinya, penulis tidak sempat menunaikan solat sunat Tarawih di masjid pada hari pertama Ramadan kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

Kesesakan lalu lintas yang teruk memang biasa di bandar-bandar besar di Indonesia. Itulah kehidupan rutin harian penduduknya terutama di kota raya Jakarta.

Jika pada tahun lalu, penulis tersangkut di dalam kesesakan selama enam jam dalam perjalanan pulang dari Bandung ke Jakarta, tahun ini penulis terperangkap di dalam kesesakan ketika dalam perjalanan dari rumah penulis di Permata Hijau, Jakarta Selatan ke Masjid Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, juga di Jakarta Selatan.

Jika perjalanan biasa tanpa kesesakan lalu lintas dari rumah penulis ke kedutaan hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja, tetapi pada Selasa lalu penulis mengambil masa selama dua jam. Sedangkan jarak masa di antara waktu solat Maghrib dengan Isyak di Jakarta hanyalah kira-kira 45 minit.

Ini bermakna jika penulis mahu menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih pada hari pertama Ramadan bersama rakan-rakan Malaysia di kedutaan, penulis perlu bergerak ke destinasi tersebut selepas waktu solat Asar.

Bagaimanapun, pada kebiasaannya apabila telah mula puasa, jalan raya akan lebih lengang kerana kebanyakan orang pulang awal iaitu sekitar pukul 3 atau 4 petang untuk berbuka puasa di rumah.

Namun untuk pergi awal ke masjid pada hari pertama solat Tarawih ada risiko lain pula. Ini kerana sehingga selesai solat Maghrib, pengumuman tarikh mula berpuasa tidak lagi diumumkan di Indonesia.

Melihat anak bulan hanya dilakukan ketika matahari terbenam pada Selasa di 12 tempat di seluruh Indonesia termasuk di Papua. Selepas menerima laporan dari semua lokasi melihat anak bulan atau disebut hilal, satu mesyuarat akan diadakan di kalangan wakil pemimpin Islam dan menteri agama Islam.

Oleh itu, kebanyakan masjid akan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu sementara menunggu pengumuman puasa atau jatuhnya tarikh 1 Ramadan, barulah boleh menunaikan solat sunat Tarawih.

Kerumitan dan terlalu banyak birokrasi yang perlu dilalui untuk menentukan tarikh berpuasa menyebabkan terdapat pihak yang menetapkan lebih awal tarikh berpuasa berdasarkan hisab dan kefahaman mereka masing-masing, sebagaimana yang dilakukan oleh pengikut pergerakan Muhammadiyah.

Sementara itu, ada juga sekelompok kecil masyarakat Islam di Indonesia yang terlebih dahulu berpuasa pada hari Selasa.

Bagi pihak kerajaan, mereka tidak dapat melarang pihak yang mahu berpuasa lebih awal atau menyambut raya lebih awal.

Mungkin pada masa hadapan jika proses menetapkan 1 Ramadan dan 1 Syawal dibuat dengan lebih mudah dan ringkas serta diumumkan lebih awal, tidak akan lagi berlaku umat Islam di Indonesia yang bercanggah pendapat tentang soal tersebut.

Sebagai sebuah negara yang berpenduduk Islam terbesar di dunia, kejadian sedemikian tidak memberi gambaran yang baik terhadap ajaran Islam yang suci dan mengajar umatnya bersatu padu.

Namun seperkara yang harus dibanggakan di Indonesia sepanjang bulan Ramadan adalah semua pusat hiburan ditutup. Selain pihak berkuasa tempatan yang melakukan pemeriksaan dan serbuan ke premis-premis tersebut, organisasi masyarakat turut memainkan peranan memantau pusat hiburan di sepanjang bulan yang mulia ini.

Sebenarnya, para pengusaha dan pengunjung pusat hiburan lebih takut dengan organisasi masyarakat seperti Front Pembela Islam (FPI) yang terkenal dengan tindakan agresif jika melakukan serbuan berbanding yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan atau polis.

Awal-awal lagi, FPI telah memberi amaran kepada pihak berkuasa tempatan bahawa mereka akan bertindak jika pusat-pusat hiburan dibiarkan beroperasi di sepanjang bulan Ramadan.

Di sebalik ketegasan menutup pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan, umat Islam tidak pula dilarang makan di khalayak ramai sebagaimana di Malaysia.

Jika di Malaysia pada satu ketika dahulu, pernah orang Islam yang makan di khalayak ramai pada bulan Ramadan akan ditangkap dan diarak menggunakan kenderaan jenazah di sekeliling kota, tetapi di Indonesia tidak sedemikian.

Ini adalah kerana negara berkenaan yang terkenal menjunjung tinggi demokrasi dan hak asasi manusia merasakan untuk makan di khalayak ramai merupakan hak yang tidak boleh dilarang.

Jadi, waktu pagi menjadi pemandangan biasa untuk kita melihat orang ramai termasuk yang memakai kupiah putih dan kemungkinan besar beragama Islam menghirup kuah bakso atau mi segera di gerai-gerai makan di tepi jalan. Gerai makan dan restoran pula kebanyakannya dibuka seperti biasa.

Nampaknya, menghormati bulan Ramadan lebih penting di Indonesia daripada menghormati orang yang berpuasa kerana negara republik itu bukannya negara Islam walaupun majoriti daripada lebih 230 juta penduduknya beragama Islam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.