VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 10/08/2010

Akhbar@Sekolah tingkatkan penguasaan tulisan jawi - TPM


Mohd. Ali Baharum (kiri) bertukar dokumen dengan Mohd. Nasir Ali sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob pada majlis sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Bera, Pahang, semalam. - UTUSAN/Ahmad Zakki Jilan


BERA 9 Ogos - Program Akhbar@Sekolah mampu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi menerusi penjualan akhbar Utusan Melayu Mingguan di peringkat sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kumpulan Utusan itu dapat menggalakkan penggunaan akhbar di bilik darjah apabila akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Utusan Malaysia dibekalkan oleh koperasi sekolah.

Menurut beliau, akhbar arus perdana itu dapat digunakan dengan lebih meluas di peringkat sekolah apabila ia dijual dengan harga lebih murah berbanding di pasaran.

"Selain bertujuan meningkatkan penjualan akhbar Utusan melalui koperasi sekolah, ia diharap mampu menggalakkan pembacaan dan penggunaan tulisan jawi melalui penjualan akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Utusan Malaysia yang lebih murah," katanya.

Beliau berucap merasmikan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera Bandar 32 dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri; Datuk Ishak Muhammad dan Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Pada majlis sama, Muhyiddin menyaksikan penyerahan dokumen memorandum persefahaman (MoU) program Akhbar@Sekolah antara Angkasa dan Kumpulan Utusan.

Angkasa diwakili oleh Mohd. Ali manakala Kumpulan Utusan diwakili Mohd. Nasir.

Dalam ucapannya itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memuji inisiatif Angkasa dan Kumpulan Utusan melaksanakan program Akhbar@Sekolah yang menggalakkan budaya keusahawanan dan penggunaan tulisan jawi di sekolah.

Selain program Akhbar@Sekolah, kata beliau, Angkasa memperkenalkan pelbagai program yang menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar.

Jelas beliau, antaranya adalah projek Bekalan Uniform Sekolah Angkasa (Busana) yang bermula di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Selangor mulai tahun lalu.

"Busana akan diperluaskan ke seluruh negara tahun ini. Bekalan uniform sekolah yang dibiayai Angkasa diedarkan ke koperasi sekolah melalui koperasi dewasa dan dijual dengan harga lebih rendah berbanding harga di pasaran.

"Keuntungan penjualan uniform itu akan diberikan sepenuhnya kepada koperasi dewasa dan koperasi sekolah," jelasnya.

Angkasa juga, tambahnya, melaksanakan program Pelancongan Koperasi Sekolah apabila menghantar 40 pelajar ke Jepun, Disember ini bagi menjual pakej pelancongan berkenaan.

"Lawatan itu nanti akan membuahkan kejayaan kerana saya amat yakin dengan kebolehan pelajar di arena antarabangsa," katanya.

Beliau menambah, Angkasa banyak menjana idea baru secara berterusan dalam usaha membangun dan memakmurkan kegiatan koperasi sekolah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.