VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 08/08/2010

Siti merakam nostalgia Clifford


UNTUK kenangan, Siti menanam pokok yang diberi nama sendiri.


Antara momen terindah dan manis yang dikenang sepanjang hayat seseorang ialah saat ketika berada di alam persekolahan. Tahun-tahun tersebut adalah tahun awal mengenal kehidupan dengan percaturan antara baik dan buruk serta tawa dan tangis. Pastinya setiap dari kita tak pernah lupa di mana permulaan mengenal huruf, mengejar impian dan barangkali juga tempat menyulam kasih.

Justeru, apabila buat kali pertamanya Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford (SMKC), Kuala Lipis, Pahang mengadakan pertemuan semula bekas pelajarnya minggu lalu, ia berjaya mengumpul lebih 2,000 bekas penuntut SMKC pada 31 Julai dan 1 Ogos.

Sekolah bersejarah yang pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan British dan Jepun satu ketika dulu telah melahirkan ramai insan berjaya dalam pelbagai bidang.

Dan sudah pasti apabila menyebut Kuala Lipis, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza tak mampu dipinggirkan kerana dia antara bekas pelajar sekolah tersebut.

Kehadiran Siti pada majlis dua hari ‘Old Cliffordians 2 Gather As 1' melakar sejarah indah bersama rakan-rakan lamanya dialam persekolahan. Bukan Siti saja yang pernah menimba ilmu di situ, adik-beradiknya juga seperti Ayie, Saida, Sairah dan Ali serta kakak ipar merangkap Pengurus, Rozi Abd Razak adalah sebahagian daripada bekas penuntut SMKC.

Selepas 14 tahun meninggalkan alam persekolahan pada tahun 1996, Siti kembali bersatu dengan guru-guru dan rakan-rakan lama termasuk penuntut terawal di SMKC pada era 50-an iaitu Kassim Nikmat, 84 tahun yang bersekolah di SMKC pada tahun 1949.

Seperti lazimnya, Siti pasti mencuri tumpuan ramai dan dia dikerumuni peminat termasuk di kalangan anak-anak rakan-rakan lamanya. Dan malam itu, setiap dari peminat Siti bebas bergambar dan bermesra dengannya secara lebih dekat.

Kata Siti, dia cukup seronok bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolahnya terutama guru-guru yang pernah berjasa dulu. Antara guru kesayangan merangkap ayah angkatnya ialah Syed Mohamed Syed Agil yang menjadi pendorong utama untuk dia memberanikan diri melangkah dalam dunia seni suara.

‘‘Dulu masing-masing remaja, sekarang kebanyakan rakan Siti dah berkeluarga dan ada kerjaya sendiri. Siti memang berbangga menimba ilmu di SMKC dan sekolah ini akan tetap terpahat dalam hati Siti kerana di sinilah segalanya bermula untuk Siti.

‘‘Justeru, Siti mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan guru-guru sekolah yang pernah memberi tunjuk ajar kepada Siti. Jasa mereka Siti takkan lupa,’’ katanya.

Pertemuan Siti dengan rakan-rakan lama tidak berakhir pada malam tersebut kerana pada Ahadnya, Siti ‘turun padang’ bermain bola jaring dalam perlawanan persahabatan di antara bekas pelajar dan pelajar sekolah SMKC.

Pada zaman persekolahan lagi, Siti memang aktif bermain bola jaring dengan menyandang posisi Goal Attack (GA). Jadi, hari itu Siti menunjukkan bakatnya dengan menjaringkan beberapa gol mengalahkan pelajar SMKC 5 berbalas 2.

Dalam pelbagai acara yang disediakan oleh penganjur, Siti tidak ketinggalan mengambil bahagian termasuklah menari poco-poco. Malah SMKC memberi penghargaan kepada penyanyi ini untuk menanam sepohon pokok di halaman sekolah itu yang dinamakan Pokok Siti Nurhaliza.

Kata Siti, dia tak sabar menunggu tahun 2013 kerana ketika itu SMKC berusia 100 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.