VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 07/08/2010

Camel Active


KOLEKSI terbaru Camel Active yang memaksimumkan kesan dramatik kehidupan seharian yang lasak.


BUAT jejaka metropolitan yang mementingkan gaya bercirikan ringkas dan lasak, koleksi musim luruh Camel Active sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya rekaan terbaru bertemakan revolusi industri.

Bersesuaian dengan gaya kerja 'Homebound Discovery' yang menampilkan pelbagai model koleksi baju, seluar denim, kasut dan beg yang tampak ranggi dengan suasana kerja, berhabuk dan kotoran memberikan kelainan dalam rekaan lusuh bergaya pekerja lasak.

Siri terbaru Camel Active ini menawarkan rangkaian but lasak dan kasut bertali yang diperbuat daripada nubuck, suede, kulit lembu dan kulit crazy horse.

Penampilan model terbaru ini mendapat sentuhan kancing logam, jahitan kasar, kombinasi penggunaan bahan kulit yang berbeza dan tapak yang digosok dengan gandingan warna asli seperti hitam batu dan brandy menghasilkan gaya asli pakaian kerja yang bermutu tinggi.

Rupa gaya baju kemeja dan t-shirt yang berasaskan denim, cord, kanvas, twills, drills, kain bulu biri-biri, tekstil dan sutera yang dirawat pada bahan tersebut menampilkan gaya kelihatan lusuh yang berlainan daripada koleksi sebelumnya.

Sekali imbas ia kelihatan seperti besi yang berkarat dengan lapisan kilatan habuk, kotoran, minyak dan karat pada pakaian menerusi pelbagai warna seperti jingga terbakar, biru dakwat, sos merah, hijau, ochre, cognac dan bordeux berwarna lembut.

Antara koleksi terbaru yang dipasarkan dalam negara ialah seperti blazer Camel Active yang membangkitkan kembali era pakaian berasaskan kain bulu biri-biri lembut.

Di tambah dengan herring bones, tweeds, donegals dan glen-checks dalam kain bulu biri-biri, mengembalikan tradisi lama dengan revolusi berkualiti tinggi moden dalam lapisan dalam setiap model terbaru.

Bagi jenis jaket, Camel Active memberikan tumpuan yang lebih mendalam untuk menghasilkan bahan luaran berkualiti baru seperti jaket quilt dalam field jacket bergaya ahli kelab motosikal menggunakan nilon karbon yang ringan serta berkualiti.

Tampalan di bahagian siku dan bahu yang diperbuat dari cord dan kulit memberikan jaket dan blazer Camel Active menjadi pilihan kerana dwi tona yang digunakan itu tampak segak dipadankan bersama seluar denim lusuh.

Pakaian santai

Walau pakaian tenunan bagi model ini lebih kepada kelakian yang nampak kasar dan berat tetapi sebenarnya ia ringan hasil dari benang inovatif yang mengutamakan keselesaan dan gaya yang lebih maskulin.

Selain itu, Camel Active turut melancarkan koleksi beg dan aksesori yang terdiri daripada pelbagai jenis beg, dompet dan tali pinggang pelbagai reka bentuk menggunakan bahan yang tahan lasak.

Koleksi ini juga mencerminkan imej jenama pakaian santai dengan inspirasi aktiviti luar. Ia direka bagi melengkapkan rangkaian pakaian rekaan asli jenama tersebut untuk memenuhi keperluan santai kembara anda.

Antaranya seperti siri wanderer iaitu beg kasual ringan dan tahan lasak. Dengan beg tersebut ia memberikan keselesaan kepada para pengembara moden bagi memudahkan pergerakan disampang mengekalkan ciri-ciri bergaya.

Koleksi ini terdiri daripada dua beg duffel, satu beg dokumen, tiga beg galas dan tiga beg uncang yang memenuhi kehendak pengembara sama ada untuk urusan perniagaan mahupun berjalan-jalan di bandar raya.

Beg sandang siri Magellan yang versatil turut menampilkan lima rekaan daripada koleksi yang cukup sinonim dengan kehidupan moden.

Beg sandang siri Roam Free menghimpunkan gaya asli terdiri daripada empat rekaan dalam kombinasi warna menarik iaitu hitam/kelabu, hijau/khaki, kelabu dan hitam.

Siri Beg Carriers yang ringan menandakan satu peralihan daripada beg trolley gaya korporat dengan menyatukan secara bijak beberapa jenis bahan seperti zip kulit, poket hadapan yang pelbagai dan tali ikatan sisi yang menyerupai beg pengembaraan zaman lampau.

Siri tali pinggang Camel Active pula menawarkan pelbagai jenis tali pinggang yang terdiri daripada kanvas kasual yang ringan ataupun kulit sepenuhnya.

Tali pinggang kulit yang dirawat secara lasak dengan menggunakan kulit bertanda secara semulajadi menambahkan lagi gaya kelakian yang lasak untuk dipadankan dengan seluar denim ataupun seluar kerja.

Koleksi terbaru ini juga diserikan lagi dengan kehadiran aksesori yang menawarkan pelbagai barangan kulit kecil yang berguna serta berfungsi seperti beg duit, pemegang rantai kunci, pemegang kad ataupun kantung syiling.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan model terbaru Camel Active sila kunjungi kedai berjenama tersebut di gedung membeli belah berdekatan anda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.