VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 05/08/2010

Pencarian bayi comel

BAGI ibu bapa yang berhasrat untuk menyertakan bayi mereka ke pertandingan Johnson's Baby of The Year 2010, ini mungkin berita yang menggembirakan.

Kini usia para peserta (bayi anda) dibuka dengan had umur dilanjutkan kepada tiga tahun atau 36 bulan.

Menurut Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Joyce Lee, ini merupakan kali pertama pertandingan bayi telah diadakan selama 18 tahun itu dilanjutkan yang sebelum ini menetapkan kepada 24 bulan.

Katanya, memandangkan pertandingan pada tahun ini diadili oleh ahli-ahli profesional kesihatan yang akan menilai tahap kecerdasan dan kesihatan setiap peserta berdasarkan umur mereka, pihak Johnson's baby mengambil keputusan membenarkan sehingga umur tiga tahun menyertai pertandingan ini.

''Setiap bayi mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing, tanpa mengira umur. Pemenang tahun lalu, Elfred Liew dari Sabah merupakan bayi termuda dalam sejarah yang memenangi pertandingan ini.

''Biarpun dia belum lagi boleh berjalan, menari atau bercakap sebagaimana peserta yang lebih besar, namun dia berjaya menambat hati barisan pengadil dengan senyuman dan matanya yang bersinar,'' katanya.

Joyce memberitahu, Elfred berusia enam bulan semasa dia memenangi gelaran juara Johnson' Baby pada tahun 2009.

Tambahnya, selain mencari bayi yang comel, cerdas dan sihat setiap tahun, tujuan pertandingan adalah untuk merapatkan hubungan dengan si manja mereka.

Ini ketika mereka meluangkan masa untuk mengambil foto yang terbaik bagi menyertai pertandingan itu.

Jelas Joyce, pihaknya berharap agar ibu dan bapa si manja mempunyai lebih banyak peluang masa bersama dan memupuk hubungan semula jadi antara mereka semasa menyertai pertandingan ini.

Ia merupakan satu peluang kepada ibu bapa untuk menunjukkan kebanggaan dan kebahagiaan mereka kepada semua.

Dalam pada itu, ibu bapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, langkah pertama yang harus mereka lakukan ialah dengan mengambil gambar si manja yang bersaiz 3R atau 4R.

Ibu bapa boleh mengambil gambar sendiri atau dapatkan jurugambar profesional atau membawa bayi di mana-mana 56 kaunter untuk mengambil gambar secara percuma di pasar raya besar atau pasar raya utama di Malaysia.

Kemudian ibu bapa hanya perlu menyertakan resit sebagai bukti pembelian barangan Johnson's Baby dengan borang penyertaan pertandingan Baby of The Year 2010 berserta dua keping gambar bayi. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Ogos 2010.

Selain berpeluang merebut gelaran berprestij ini, bayi anda yang berjaya menambat hati semua pada tahun ini akan pulang dengan wang tunai sebanyak RM15,000 dan hadiah lain yang menarik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.