VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/07/2010

Langkah basmi kemiskinan

JOHOR BAHRU 26 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menggunakan pendekatan keusahawanan sosial bagi membantu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia merupakan satu daripada langkah untuk memastikan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran masing-masing agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan.

Beliau berkata, salah satu daripada elemen keusahawanan sosial ialah transformasi sosial yang inovatif dan komprehensif yang dilaksanakan oleh kementeriannya menerusi program pembangunan kejiranan lestari.

"Transformasi sosial memerlukan usaha berterusan dalam dua aspek utama iaitu pembangunan fizikal dan modal insan.

"Program pembangunan kejiranan lestari bertujuan membangunkan kawasan dan penduduk setempat dengan misi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dijalankan dengan usaha sama pelbagai jabatan dan agensi di negeri ini,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah kepada kerajaan negeri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai.

Katanya, program lestari memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu membasmi kemiskinan, pembangunan infrastruktur fizikal, pembangunan insan, kesejahteraan sosial dan pembasmian dadah dan jenayah.

Menurut Sharizat, antara kawasan yang bakal menerima program tersebut adalah Kampung Skudai Kiri, Kampung Dato' Sulaiman Menteri, Kampung Melayu Pandan, Taman Puteri Wangsa dan Taman Tampoi Indah.

"Sebanyak 102 program telah dilaksanakan di bawah program berkenaan iaitu program motivasi dan kesedaran, kelas kemahiran, latihan keusahawanan, persatuan usahawan penduduk dan program kemahiran ibu tunggal," katanya.

Beliau berkata, seramai 1,544 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin bakal mendapat manfaat daripada program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) di bawah NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Katanya, antara projek 1AZAM adalah AZAM tani, AZAM niaga, AZAM kerja dan AZAM khidmat yang akan dilaksanakan dengan berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif.

"Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merupakan antara agensi awal di Johor yang melaksanakan program 1AZAM.

"Di bawah projek rintis ini seramai 70 KIR miskin tegar telah menyertai AZAM tani, 63 KIR sertai AZAM niaga, 48 KIR menyertai AZAM kerja dan 30 KIR untuk AZAM khidmat," katanya.

Shahrizat turut menggesa pelbagai pihak agar tampil memainkan peranan bagi memenuhi keperluan pembangunan sosial masyarakat setempat.

Katanya, kerjasama semua pihak mampu merealisasikan keusahawanan sosial untuk mencapai hasrat kerajaan membasmikan kemiskinan tegar menjelang akhir tahun ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.