ARKIB : 27/07/2010
Malaysia kekal destinasi pelaburan menarik
KUALA LUMPUR 26 Julai - Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik kepada pelabur asing, kata Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Razak.
Bagaimanapun, kerajaan perlu memainkan peranannya untuk memastikan landskap ekonomi Malaysia terus mesra pelabur dan kompetitif, kata beliau.
''Laporan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) dalam Laporan Pelaburan Dunia 2010 tentang penyusutan pelaburan langsung asing (FDI) perlu dikaji secara menyeluruh.
''Ia perlukan kajian mendalam dan penyusutan aliran FDI bukanlah merupakan petanda negatif kepada aktiviti pertumbuhan ekonomi negara,'' jelas beliau selepas menghadiri mesyuarat agung luar biasa CIMB Group di sini hari ini.
Nazir berkata demikian ketika mengulas tentang laporan terbaharu UNCTAD di sini baru-baru ini.
Beliau menambah, penilaian perlu dibuat bagi memastikan jenis pelaburan yang berkualiti dan memberi tambah nilai kepada pertumbuhan ekonomi negara.
''Pelaburan asing tersebut perlulah efektif. Orang ramai juga tidaklah hanya bergantung kepada satu data atau maklumat sahaja.
''Kerajaan perlu menganalisis kepada setiap data yang diterima sebelum membuat sebarang kesimpulan. Kemungkinan data yang masuk adalah lambat atau penangguhan,'' jelasnya.
Terdahulu, UNCTAD berkata, meskipun rantau ini mengalami penyusutan terbesar FDI sejak 2001, ia adalah antara yang mula-mula ke luar dari kelembapan semasa.
Pengaliran masuk ke rantau ini merosot 17 peratus kepada AS$233 bilion (RM745 bilion) tahun lepas, pada asasnya mencerminkan penyusutan aktiviti penggabungan dan pemilikan (M&A) rentas sempadan, paling teruk dalam sektor perkhidmatan, dengan pengurangan sebanyak 51 peratus.
Jumlah pengaliran keluar dari rantau ini turun sebanyak lapan peratus kepada AS$153 bilion (RM489.6 bilion), dengan pembelian M&A rentas sempadan susut sebanyak 44 peratus, kata badan antara kerajaan itu.
IHP Mei naik 1.6 peratus kepada 106.2
Dua taman tema saling melengkapi
Etiqa jangka premium tumbuh 20 peratus
Mesyuarat perundingan bajet tumpu pada kewangan Islam
Mesyuarat perundingan bajet tumpu kewangan Islam
Syarikat tempatan harus guna logistik halal
Perodua akui penurunan harga
bioekonomi: Malaysia komited
MIDA agih RM139 juta
Masa sesuai untuk laksana GST - pakar ekonomi
FTA Malaysia-Australia tingkat dagangan dua hala
Harga saham ditutup kukuh
Niaga hadapan KLIBOR tak berubah
Pasaran wang: Kadar jangka pendek ditutup kukuh
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Tiada konflik pengambilalihan Yinson - Mokhzani
Harga getah ditutup rendah
Jualan kenderaan penumpang, perdagangan menurun
Astro jangka perolehan lebih tinggi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










