VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 26/07/2010

JHEV berharap wang sara hidup pesara tentera dinaikkan

26/07/2010 7:14pm

KUALA LUMPUR 26 Julai Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berharap kerajaan dapat menaikkan kadar wang sara hidup pesara tentera daripada RM200 kepada RM500 sebulan.

Ketua Pengarahnya, Mej. Jen. Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, perkara itu telah dikemukakan kerajaan untuk pertimbangan memandangkan kadar sedia ada sudah tidak sesuai.

"Cadangan itu sudah diluluskan di peringkat kementerian dan kini kita sedang menunggu persetujuan Jemaah Kabinet melalui Jabatan Perbendaharaan Negara, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan 2010 oleh Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia, di sini hari ini.

Zulkiflee berkata, cadangan kenaikan itu bertujuan membantu pesara tentera yang hidup susah selain bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung pesara atau waris mereka.

Beliau berkata, secara purata, JHEV menerima sebanyak 720 permohonan baru setiap tahun yang memohon untuk mendapatkan bantuan wang sara hidup berkenaan. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.