VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 25/07/2010

Keunggulan kayu sentuhan Supercool


PERGOLA menggunakan bumbung polikarbonat menyerlahkan seri kediaman.


DALAM aspek seni bina, kayu merupakan material yang tidak pernah ketinggalan zaman. Biar ciptaan lain datang bersilih ganti, penggunaan kayu untuk menyerikan kediaman tetap menjadi perhatian.

Faktor itu mungkin disebabkan nilai semula jadinya yang tersendiri. Garisan permukaan yang abstrak memberi unsur artistik dan kadang kala misteri. Selain itu, warna coklat yang terdapat padanya memudahkan ia dipadankan dengan pelbagai jenis warna cat dan juga bentuk kediaman.

Sebagai idea kepada penggemar kayu yang berkira-kira menyelitkan material itu pada landskap kediaman mereka, Supercool ada jawapannya.

Syarikat yang diasaskan pada 2004 oleh Royce Loy, Larry Yong dan Chai Yuen Hey itu menyediakan pelbagai pilihan penyeri landskap daripada kayu seperti gazebo, pergola, garaj, pagar, pintu pagar, pelantar dan banyak lagi.

"Kayu adalah material mentah paling lama yang pernah digunakan di dunia dan hingga kini penggunaannya masih menjadi rebutan. Di Supercool, kami menyediakan perkhidmatan bukan sahaja dalam bentuk material, malah siap dengan rundingan dan juga sebut harga secara percuma," kata Royce Loy yang juga merupakan Pengarah Kreatif syarikat itu.

Menurutnya, hanya kayu terbaik dipilih untuk digunakan seperti cengal, resak, balau, merbau dan keranji. Kesemua kayu itu diperolehi dari hutan-hutan dalam negara dan ia dihasilkan di kilang Supercool yang terletak di Puchong dan Johor Bahru.

Menurut Royce, kayu-kayu tersebut turut dirawat dengan minyak perlindungan daripada ultra lembayung dan kalis air untuk tahan lebih lama. Malah sesetengah kayu kalis air semula jadi seperti seperti cengal yang juga tidak dimakan anai-anai.

Katanya lagi, kayu-kayu yang dihasilkan mampu bertahan hingga tujuh tahun sebelum dicat semula.

Konsep resort

Falsafah rekaan Supercool berteraskan kepada konsep resort Bali yang semula jadi dan unik. Memegang nilai "Profesional, Popular dan Kreatif" Supercool berusaha memberi hanya yang terbaik untuk pelanggannya melalui penyediaan khidmat custom-made.

"Bagi kami, sebuah pergola tradisional bukan sekadar pergola, malah ia adalah sambungan kepada rekaan gaya hidup luar yang menghargai alam semula jadi," kata Royce.

Gazebo, pergola dan skylight antara trend terkini kediaman yang mendapat tempat di hati pemilik. Sama ada beratap genting (konvensional) atau polikarbonat (pada pemasangan skylight), kedua-duanya menjanjikan satu kelainan kepada landskap kediaman.

"Polikarbonat banyak digunakan oleh pemilik kediaman hari ini untuk gazebo dan pergola. Ia menyerap cahaya matahari namun tetap memberi impak sejuk kepada kediaman," katanya.

Selain itu kata Royce, material polikarbonat adalah bahan berkualiti yang diimport daripada Switzerland dan Korea.

Penggunaan pagar daripada kayu kembali mendapat tempat di hati pemilik kediaman hari ini. Jika dahulu ramai yang menggemari besi dan keluli, kini kayu kembali menjadi trend apatah lagi jika dicat putih. Jelas menampakkan ciri-ciri kediaman Inggeris.

Begitu juga dengan penggunaan pintu pagar daripada kayu. Pelbagai pilihan rekaan ditawarkan Supercool untuk kediaman anda.

Selain itu, pelantar daripada kayu juga mula menjadi ikutan. Sama ada ia dipasang di tepi kolam mandi atau sekadar ruang minum kopi, penggunaannya tetap menyerlah dan tersendiri.

Melengkapkan himpunan dekorasi kayu landskap kediaman, Supercool turut menawarkan koleksi British Bali yang terdiri daripada set meja minum kopi, bangku, buaian, kerusi rehat dan juga lampu. Himpunan yang menggunakan kayu rasak itu sangat berkualiti tinggi dan tahan lama. Didatangkan dalam pelbagai warna iaitu semula jadi, coklat gelap, coklat cair dan juga putih, cukup menarik perhatian. Harga berpatutan, bermula dari RM600 dan tidak melebihi RM3,000, pasti ia antara koleksi yang patut dimiliki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.