VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 23/07/2010

Unjur deposit Al-Awfar RM600j akhir tahun

KUALA LUMPUR 22 Julai - Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) menjangka jumlah deposit akaun Al-Awfar akan meningkat kepada RM600 juta sehingga akhir tahun ini.

Setakat 25 Jun lalu, deposit yang dilancarkan pada 25 Mac 2009 itu berjumlah RM466.6 juta dengan 125,197 pemegang akaun.

Pengurus Besar Bank Islam (Bahagian Perbankan Pengguna), Khairul Kamarudin berkata, melalui pelbagai kempen dan tawaran hadiah, bank tersebut yakin dapat menarik lebih banyak pemegang akaun dan jumlah deposit.

"Akaun simpanan dan pelaburan Al-Awfar merupakan akaun tunggal di Bank Islam yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai RM100,000 melalui cabutan bertuah yang dilakukan empat kali setahun,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada lima pemenang hadiah utama iaitu masing-masing menerima hadiah RM100,000 di sini hari ini.

Lima pemenang tersebut ialah Tengku Ab. Malek Tengku Mohamed, Rosli Nordin, Muhammad Yazid Mohd. Roslan, Lim Siong Kuan dan Siti Fatimah Mohammad Ariff.

Sehingga kini, hadiah wang tunai bernilai RM1.278 juta telah diberikan kepada para pemenang melalui cabutan bertuah Al-Awfar untuk lima kali cabutan.

Bagi melayakkan diri untuk cabutan bertuah tersebut, para pemegang akaun simpanan Al-Awfar perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM100 manakala akaun pelaburan pula sebanyak RM1,000 untuk tempoh sebulan serta RM500 bagi jangka masa tiga hingga 60 bulan.

Ketika ditanya mengenai nisbah pemegang akaun Al-Awfar setelah hampir setahun diperkenalkan, Khairul berkata, sebanyak 80 peratus merupakan pemegang akaun baru manakala baki 20 peratus adalah pelanggan sedia ada.

Mengenai perkhidmatan gadai janji pula, Khairul memberitahu, nilai pembiayaan Bank Islam setakat Mei tahun ini adalah sebanyak RM4 bilion untuk perumahan manakala kenderaan sebanyak RM1.8 bilion.

Jumlah peminjam pula, kata beliau, sebanyak 120,000 pelanggan untuk perumahan manakala kenderaan sebanyak 80,000 orang.

Ditanya mengenai perkhidmatan kad kredit yang ditawarkan sejak 2002 yang lalu, jelas beliau, Bank Islam mendaftar hampir 500,000 pemegang kad.

''Dalam perbankan Islam, kami merupakan bank peneraju dalam perkhidmatan kad kredit,'' tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.