ARKIB : 23/07/2010
Kementerian Pertahanan sahkan pembelian radar pasif tercanggih
KUALA LUMPUR 22 Julai - Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan pembelian dua unit radar pasif tercanggih yang pernah dicipta sehingga kini iaitu Vera-E, dari Republik Czech bernilai RM72.5 juta.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pembelian itu yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai sulit bertujuan memenuhi keperluan pengawasan ruang udara negara secara berlapis.
"Hasil daripada pembelian ini kita memperoleh pemindahan teknologi dalam sistem peperangan elektronik," katanya dalam ucapan penangguhan perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Negara hari ini.
Berbanding radar konvensional yang kedudukannya mampu dikesan oleh peralatan elektronik pesawat musuh, Vera-E mempunyai kemampuan untuk mengawasi ruang udara secara pasif (tanpa dapat dikesan kembali oleh musuh) secara 360 darjah dan sejauh 450 kilometer.
Kelebihan dan kecanggihan itu membolehkan mana-mana negara yang mengoperasikannya membuat persediaan awal untuk mempertahan dan menembak jatuh pesawat penceroboh tanpa disedari oleh pihak musuh.
Ekoran itu, Amerika Syarikat telah melarang Republik Czech daripada menjual radar itu kepada negara yang dianggap bukan sekutu yang boleh menjadi ancaman kepadanya termasuk Pakistan, China dan beberapa negara Asia Barat.
Skim Perantisan Mekatronik untuk belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
Ariffin dibidas di Dewan Negara
Lengah tadbir harta pusaka timbul masalah
Tiada nombor plat peribadi - Abdul Rahim
Kandungan rancangan televisyen dikawal
1.3 peratus kadar dropped calls
ROS ada kuasa larang hubungan dengan pihak luar
Skim Rumah Pertamaku, 436 pemohon lulus
Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan 2012
1.9j permohonan baharu
Bakal haji dikenakan syarat tambahan
Kementerian Kesihatan pantau produk terlarang
1,811 pelajar dibuang sekolah
Kementerian Dalam Negeri luluskan 3,824 permit masuk
Projek terbengkalai dipulihkan
Insentif galak bumiputera sertai industri burung walet
Bina jejantas ambil kira faktor jenayah
Laporan ramai wanita Malaysia curang mengejutkan
Nikah dapat RM2,000
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









