ARKIB : 20/07/2010
Scholl menjaga kesihatan kaki
![]() |
|
Scholl mengutamakan kesihatan kaki. |
MEMILIH kasut bukan sekadar cantik dipandang tetapi lebih penting ia mesti selesa dipakai dan dapat melindungi kesihatan kaki.
Mengambil kira aspek tersebut SSL Healthcare (M) Sdn. Bhd., menampilkan koleksi terbaru Scholl yang mengutamakan keselesaan sambil menjaga kesihatan dan kesejahteraan kaki.
Koleksi yang bertemakan ‘Kebebasan untuk Bergerak’ meliputi lebih 20 kasut rekaan baru dengan ciri-ciri unik seperti Bioprint, Gelactiv, Massage, Memory Cushion, Sole Support, Arch Support dan Biomechanics.
Pengurus Kanan Produk Scholl Footwear, Christine Ong berkata, koleksi terbaru tersebut meneruskan falsafah jenama itu iaitu menambah baik kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan insan menerusi kaki mereka.
“Kami sentiasa berusaha untuk membawa evolusi ke dalam rekaan kami, menjamin keselesaan yang selama ini diakui dan memperkenalkan teknologi paling canggih yang terdapat dalam industri kasut,” katanya.
Menurutnya, memandangkan pengguna zaman sekarang mementingkan gaya dan fesyen, koleksi kasut terbaru itu akan membolehkan pemakainya bergaya dengan fesyen terkini sambil membaiki kesejahteraan anda menerusi kaki.
Seperti sarung tangan untuk kaki, Bioprint direka mengikut kontur kaki bagi memberikan keselesaan optimum.
Ia juga memberikan tahap tekanan dan sokongan yang berlainan kepada setiap bahagian kaki, memastikan kelancaran dalam setiap langkah yang anda ambil.
Manakala Gelactiv pula mampu mengurangkan kelesuan dan mencergaskan semula kaki melalui penggunaan gel penyerap hentakan yang melapik dan melindungi kaki bila berjalan.
Memory Cushion pula adalah tapak kasut unik yang mengikut kontur kaki dan melantun balik ke bentuknya bagi memberikan tahap sokongan yang sama untuk pemakaian seterusnya.
Biomechanics direka untuk memberi kesan positif kepada postur dan jajaran kaki, seterusnya mengurangkan tekanan ke atas kaki dan sendi.
Seperti kelazimannya, koleksi Massage adalah ciri yang menjadikan kasut paling laris. Teknologi ini mengurangkan tekanan ke atas kaki anda dengan mengurut tapak kaki anda secara perlahan-lahan apabila berjalan. Nodul dalam lapik tapak dalam kasut merangsang peredaran darah dalam kaki.
Arch Support pula membantu melegakan bebanan dan keletihan kaki dengan menjamin keselesaan untuk lengkungan tapak kaki yang rata, lemah atau terturun.
Ciri Sole Support membantu otot-otot jari kaki anda bersenam dan mencergaskannya semasa anda berjalan. Ia juga mengangkat lengkungan metatarsus untuk melega dan melindungi kelembutan di bahagian bebola kaki.
Rekaan untuk yang muda
Pelengkap gaya model
Krim untuk kulit sensitif
Jaja tak mudah terpengaruh anasir negatif
Pilihan peplum
Kolaborasi fesyen
Pupuk semangat cinta negara
Aksesori eksklusif
Ezuwan muncul dengan Daara
Lenyapkan kesan jerawat
Buang bulu roma
Busana umrah & haji
Gaya minimalis hitam putih
Tip mudah cuci berus solekan
Syahira mahu jadi model terkenal
Kombinasi dua
beradik AzuraAzwa
Lelaki penilai terbaik wanita
Fesyen bawa Liza ke Paris
Sazlyanna turut bersaing
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











