VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 16/07/2010

Aon perkenal jersi baru MU


Sebahagian ahli kelab peminat Manchester United bersama jersi baru pasukan pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Meraikan jalinan kerjasama dengan kelab Manchester United, Aon Corporation memperkenalkan jersi terbaru kelab paling diminati di dunia itu.

Dengan reka bentuk yang klasik, jersi terbaru kelab bola sepak terbesar di dunia itu tertera logo Aon di bahagian depan serta warna merah yang menjadi kebanggaan United.

Ketua Pegawai Eksekutif Aon Insurance Brokers (M) Sdn Bhd., Mak Chee Keong berkata, jersi tersebut dihasilkan menerusi kerjasama antara Aon dan United yang bermula pada 1 Jun lalu.

"Aon merupakan penaja utama jersi United. Ini adalah kerjasama global dan perjanjian penajaan selama empat tahun. Jersi yang mempunyai logo Aon akan digunakan pemain United mulai musim 2010/2011

"United mempunyai capaian global yang sebenar dengan salasilah yang hebat, oleh itu kami ingin berkongsi cita-cita kami bagi menarik minat dunia serta mencapai kecemerlangan. ," katanya pada pelancaran jersi itu, semalam.

Selain Kuala Lumpur, jersi itu turut dilancarkan serentak di Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Vietnam semalam.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.