VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 09/07/2010

Bukan Spartacus yang sempurna


ANDY Whitfield mengakui teruja membawakan watak SPARTACUS.


SELEPAS kegemilangan filem Spartacus yang pernah ditayangkan pada tahun 1960, kini sejarah kisah pahlawan agung itu kembali direalisasikan.

Bukan dalam medium filem tetapi ia dizahirkan menerusi drama bersiri yang diberi judul Spartacus: Blood and Sand.

Kali pertama ditayangkan pada awal tahun ini di Amerika Syarikat, ia menerima reaksi yang pelbagai daripada pengkritik dan penonton.

Spartacus versi baru sarat dengan elemen dramatik yang mampu memompa adrenalin penonton.

Bercakap mengenai mereka yang terlibat menzahirkan kembali kisah agung ini, semuanya bukan calang-calang orang.

Empat individu yang terlibat semuanya mempunyai trek rekod yang cukup cemerlang dalam penerbitan filem dan televisyen di Hollywood.

Mereka yang dimaksudkan ialah Sam Raimi yang pernah mengarahkan dan menerbitkan francais filem Spider-Man di samping Robert Tapert, Joshua Donen dan Steven S. DeKnight.

Apakah yang menggerakkan mereka membawa kembali kisah epik ini sedangkan ia sudah berkali-kali diceritakan dalam pelbagai versi?

Sudah pasti, versi yang akan terus dikenang sepanjang zaman ialah filem Spartacus lakonan Kirk Douglas lima dekad lalu sehingga diangkat sebagai salah sebuah filem klasik.

Sebagai salah seorang penerbit, DeKnight mengakui, dia seorang pemuja dan pengagum filem Spartacus arahan Stanley Kubrick (1960).

Sebaik menonton filem berkenaan, naluri DeKnight tergerak untuk mendalami kisah Spartacus yang belum pernah diceritakan selama ini.

“Cerita tentang Spartacus bukan setakat apa yang pernah ditonton selama ini tetapi kalau diperhatikan, ia mempunyai kisah yang cukup menarik.

“Itu yang membuatkan saya terkejut kerana semakin digali, semakin banyak hidup Spartacus yang boleh diceritakan.

“Daripada situ, ilham datang kepada saya untuk mengangkat kisah Spartacus versi baru ke dalam medium televisyen,” DeKnight memberitahu rasionalnya menzahirkan kembali kisah Spartacus.

Spartacus: Blood and Sand menyaksikan pelakon kelahiran Wales, Andy Whitfield memeran watak Spartacus.

Selain itu, aktres yang pernah membintangi drama bersiri Xena: The Warrior Princess, Lucy Lawless turut berlakon dalam siri ini dengan memegang watak sebagai Lucretia.

Pelakon-pelakon lain ialah Erin Cummings, John Hannah, Peter Mensah, Manu Bennett, Nick Tarabay dan Viva Bianca.

Apabila siri ini diterbitkan, ramai yang membandingkan Spartacus dengan mini siri Rome yang pernah ditayangkan di saluran HBO tidak berapa lama dulu.

Menangkis dakwaan berkenaan, DeKnight menjelaskan, persamaan itu dilihat apabila kedua-duanya kisah epik yang diangkat dari zaman pemerintahan Rom.

“Kedua-duanya berbeza dan tiada persamaan. Apa yang boleh saya katakan kalau penonton menyukai Rome, mereka juga akan menggemari siri ini,” ujarnya.

Menerbitkan drama bersiri epik seperti Spartacus memerlukan bajet yang cukup tinggi khususnya dari aspek tata rias, kostum serta rekaan set.

Untuk itu, DeKnight berkata, pihak produksi tidak lokek mengeluarkan bajet tambahan bagi melantik dua penyelidik sejarah yang memantau jalan cerita Spartacus.

“Tugas saya menghantar skrip yang sudah disiap kepada mereka untuk dibaca dan dinilai.

“Kemudian, mereka akan memulangkannya dengan muka surat yang penuh dengan dakwat merah. Bukan itu sahaja, terselit juga penambahan muka surat (ketawa).

“Kami berkompromi dan bekerjasama dengan baik bagi memastikan perjalanan cerita ini berjalan lancar,” kata DeKnight mengenai siri yang dihasilkan sebanyak 13 episod untuk satu musim itu.

Selain elemen aksi, Spartacus juga mencetus kontroversi di awal tayangannya apabila drama ini menyelitkan elemen seks yang agak keterlaluan.

Pastinya penonton di Malaysia tidak berpeluang menonton babak-babak panas itu kerana adegan itu sudah pun dipotong selepas melalui proses penapisan.

DeKnight menafikan pihaknya sengaja menampilkan adegan seks yang keterlaluan sebagai strategi pemasaran.

“Semuanya dilakukan atas dasar profesionalisme bagi menepati fakta yang berlaku di zaman itu.

“Pada mulanya kami terfikir untuk tidak menyelitkan elemen seks tetapi selepas difikirkan semula, kami tidak melihatnya sebagai satu isu besar,” ulas DeKnight.

Satu yang pasti kata DeKnight, Spartacus versi baru itu tidak digambarkan sebagai seorang pahlawan yang sempurna seperti mana versi filem tahun 1960.

“Itu kelainan dalam watak Spartacus yang kami tonjolkan dalam drama ini kerana dalam kehebatannya terselit juga kelemahannya,” katanya lagi.

Kehebatan siri ini menambat hati pihak studio apabila mereka memutuskan untuk menyambung kontrak Spartacus bagi musim kedua ketika musim pertamanya belum pun ditayangkan lagi.

Buat peminat di Malaysia, anda kini berpeluang menonton musim pertama Spartacus: Blood and Sand secara eksklusif menerusi saluran MAX (saluran 412, Astro).

Drama bersiri hebat ini akan ditayangkan setiap hari Sabtu bermula esok (10 Julai) pukul 11 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.