VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/07/2010

Modal insan pemangkin kemajuan negara - Pak Lah

BATU PAHAT 8 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kemajuan negara akan terus bertitik tolak daripada kekuatan tenaga modal insan dalam menggerakkan pembangunan secara kreatif dan inovatif.

Beliau berkata, kepimpinan negara sentiasa percaya dengan keupayaan tenaga anak tempatan bagi merealisasikan segala perancangan kemajuan sejak negara merdeka lebih 50 tahun lalu.

Namun, kata beliau, generasi muda kini perlu meningkatkan lagi penguasaan ilmu untuk pembangunan negara.

"Penguasaan ilmu amat penting bagi kita, tanpanya, tenaga modal insan tidak mencukupi bagi memajukan negara kita.

"Kemajuan bergantung kepada kekuatan modal insan dan berapa ramai tenaga kerja yang ada dan kualiti yang dimiliki, kalau kurang kita tidak boleh menjadi negara maju," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Mahasiswa Baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.

Menurut Abdullah, beliau berbangga melihat rakyat Malaysia saling berganding bahu bagi memajukan negara sama ada daripada pihak kerajaan atau pun sektor swasta.

"Dalam negara kita yang merdeka ini, kita tidak mahu bergantung kepada tenaga orang putih, Australia, New Zealand, India serta Ceylon (Sri Lanka).

"Negara kita yang merdeka mesti dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri dan begitu juga universiti kita, barulah kita boleh merancang pembangunan untuk menjadikan negara lebih maju," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.