ARKIB : 03/07/2010
Syed Jaafar, Muhammad Afifi dilantik ahli majlis MAAIAMP
![]() |
|
RAJA Dr. Nazrin Shah menyampaikan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kepada Dr. Muhammad Afifi al-Akiti di Ipoh, kelmarin. |
IPOH 2 Julai - Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Datuk Dr. Syed Jaafar Syed Azman dan Pensyarah Pusat Pendidikan Islam Oxford, Dr. Muhammad Afifi al-Akiti menerima Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAAIAMP), semalam.
Majlis penyampaian watikah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota MAAIAMP, Surat Lantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah dan Penyampaian Cek Perkapita Sekolah Agama Rakyat dan Tadika Islam Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Abdul Rahman Hashim; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalluddin Al Amini Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.
Selain itu, pegawai masjid, Hamid Ahmad menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Parit Buntar.
Sementara itu, Raja Dr. Nazrin turut menyampaikan bantuan perkapita berjumlah RM2.6 juta kepada sekolah menengah dan rendah agama dan tadika Islam di seluruh negeri ini.
Antara penerima sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Rakyat Integrasi Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) melibatkan 650 kelas, Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (23), Sekolah Menengah Agama Rakyat (10), Sekolah Rendah Agama Rakyat (15), Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (dua) dan Tadika Islam Perak (75).
Sekolah itu masing-masing menerima bantuan antara RM3,492 hingga RM1 juta.
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Ahmad Kamarudin berazam majukan destinasi pelancongan Perak
Mahdzir ajak penduduk perangi wabak denggi
Legasi jambatan kereta api tertua
Exco perlu lipat gandakan usaha
Pusat Khidmat, Aduan BN tetap dibuka
Fokus kepada amalan kebersihan
Peluang Melayu miliki hartanah RM70 juta di Bandar Meru Raya
Zabri mahu ubah wajah Trong
UniMAP bolot 10 pingat emas
61 perantis Vale jalani latihan di Brazil
Sesuai jadi lokasi utama berbasikal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










