ARKIB : 02/07/2010
Askar tak berpencen jawab Skot Sekupang
MERUJUK kepada Askar minta dibela oleh Skot Sekupang (Skot S) Utusan Malaysia 30 Jun 2010. Dipohon Skot S jangan merangkumkan semua bekas tentera dalam satu kelompok serupa. Perkhidmatan bekas tentera sangat subjektif dan berbeza mengikut rejimen yang diceburi. Asas perkhidmatan bekas tentera terbahagi kepada beberapa ciri iaitu:
n Rejimen Volunteer - Askar Wataniah Sukarela dan tidak tertakluk dengan Skim Pencen. Termasuk pasukan PALAPES (ROTU) di IPTA. Ada yang berkhidmat setahun, tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun.
n Anggota Regular - Tentera yang direkrut secara tetap dan sepenuh masa tertakluk kepada skim pencen perkhidmatan 21 tahun ke atas. Biasanya perkhidmatan bermula dengan 10+2 tahun. Ada juga anggota Askar Wataniah diserap ke Regular dan menikmati pencen.
n British Army - Tentera yang berkhidmat di bawah panji-panji British. Tatkala itu tugas mereka serupa dengan tugas tentera biasa kini.
n Home Guard/AC - Bekas tentera anak watan yang dilantik khas menjaga keselamatan daerah sendiri ketika zaman British.
Tentera yang berpencen (b) adalah mereka yang berkhidmat Regular 21 tahun atau lebih. Wang imbuhan anggota berpencen berjumlah kecil kerana sebahagiannya diagihkan kepada skim pencen, walhal wang imbuhan untuk mereka yang tamat 15 tahun/18 tahun banyak, empat atau lima kali ganda kerana mereka tidak berpencen. Ada yang terima RM100,000 atau lebih.
Apakah jika kerajaan lulus skim pencen kepada semua yang tidak genap 21 tahun perkhidmatan, wang imbuhan yang dibayar sekian banyak sanggup dibayar balik.
Perihal sakit kronik, cacat kekal dalam perkhidmatan memang telah lama diberi perhatian oleh kementerian. Tentang desas-desus tentera tidak beri sokongan dalam PRU-13, adalah andaian Skot S sendiri.
Ramai lagi bekas tentera yang sokong kerajaan (melalui PBTM) dan tidak kurang juga yang berpencen kini menghentam kerajaan di belakang.
BEKAS TUDM 15 TAHUN TIDAK BERPENCEN
Kangar, Perlis.
Kikis segera budaya tuding jari, salahkan orang lain
Bakal guru masih menanti tawaran penempatan tugas
Akuilah kekalahan
TNB jawab isu bekalan
Buka tudung jika mahu kerja
Kenapa masih mahu 'menyalak'?
Bersyukurlah hidup di bumi Malaysia yang makmur
Badminton negara kian lesu
Bau busuk baja haiwan
Hubungi Pos Malaysia
Taat setia kepada raja, negara
Teknologi maklumat punca BN kalah di bandar?
Belajarlah bahasa Cina agar orang Melayu tidak mudah dipermainkan
Ke mana hala tuju Universiti Malaya?
UMNO perlu pemikiran di luar kotak
Sabar kerajaan ada had
Hentikan meminta maaf
Pembangkang jadikan PTPTN modal umpan mahasiswa
Kaji waktu kerja anjal, seragamkan cuti hujung minggu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










