VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 25/06/2010

Kimchi – ‘Ubat kurus’ orang Korea


Lee Jung Hee menunjukkan cara-cara menggaul ramuan membuat kimchi.


TIGA peti sejuk besar untuk sebuah rumah? Ternganga mulut 28 wartawan ASEAN yang mengikuti program Bethell Fellowship di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini, apabila mendengar cerita keluarga pemandu pelancong kami, Min.

Namun ibu dua cahayamata yang bertubuh montok itu tidak mereka-reka atau menokok tambah cerita.

Menurutnya, memiliki alat elektrik itu adalah satu kemestian bagi setiap rumah orang Korea. Memandangkan pasu seramik tidak lagi digunakan, menjadi satu bonus bagi keluarga moden jika mempunyai peti sejuk khas untuk menyimpan kimchi.

“Ini kerana orang Korea makan kimchi tiga kali sehari iaitu semasa sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

“Malah kalau boleh, setiap makanan perlu dihidangkan bersama kimchi,” katanya membangkitkan rasa teruja kami yang ketika itu dalam perjalanan menuju Institut Makanan Tradisional Korea di Jongno-gu.

Bangunan 10 tingkat yang tersergam di hadapan Istana Chandeok ini dibuka dengan fungsi khusus menjalankan penyelidikan, membangun dan mempromosikan makanan tradisi Korea ke persada dunia.

Setiap tingkat mempunyai peranan masing-masing terhadap makanan tradisional republik itu iaitu tteok atau kuih beras dan arak Korea, yang menjadi hidangan istimewa dalam hampir setiap upacara – selain sudah pasti juadah wajib, kimchi.

Pusat penyelidikan, makmal, muzium, perpustakaan dan kafe, segalanya ada bagi melengkapkan peranan institut itu.

“Institut ini mahu memainkan peranan sebagai hab dan pusat yang dapat membantu orang ramai lebih memahami dan menghargai budaya makanan tradisi Korea seterusnya mempromosikan ia di dalam dan luar negara,” kata Pengarah Muzium Tteok, Dr. Sook-Ja Yoon.

Dalam usia emas, profesor kulinari yang juga pengarah institut itu kelihatan anggun bergaya mengenakan ‘hanbok’ ketika mengalu-alukan kami, rombongan wartawan ASEAN, yang berpeluang merasai sendiri pengalaman membuat kimchi di situ.

Mungkinkah amalan memakan kimchi setiap hari menjadi rahsia sihat dan awet muda serta tubuh langsing orang Korea terutama wanitanya?

Menurut Lee Jung Hee, tenaga pengajar di institut itu, asid laktik dalam sayuran jeruk pedas kimchi merupakan ‘bakteria baik’ mengandungi pelbagai khasiat yang mampu menghalang kanser dan mengelakkan kegemukan atau obesiti.

Sehingga kini belum ada bukti yang mengaitkan amalan memakan kimchi dengan penawar kanser, namun asid laktik yang terhasil daripada proses fermentasi memang diakui baik untuk diet.

Tidak dapat dinafikan, kimchi yang bahan-bahannya terdiri daripada pelbagai jenis sayuran mengandungi kadar serat yang tinggi selain rendah kalori.

Kimchi dari wilayah mana sekali pun hampir pasti ramuannya mengandungi bawang, halia dan lada yang memberi tambahan zat dan vitamin.

Orang Korea percaya amalan memakan kimchi menjauhkan mereka daripada jangkiti selesema babi (H1N1) dan burung.

Mengikut kajian Universiti Nasional Seoul, ayam yang dijangkiti virus H5N1 atau selesema burung pulih selepas memakan makanan yang mengandungi bakteria sama terdapat dalam kimchi.

Institut Penyelidikan Makanan Korea yang menjalankan kajian ke atas 200 ekor ayam pada 2009, menyokong teori yang bakteria terkandung dalam kimchi meningkatkan tahap imuniti terhadap virus itu.

  • Rujukan mudah – semua bahan dalam kimchi daripada sayuran, halia, bawang putih dan cili – baik untuk tubuh badan dari segi menambah daya tahan, membantu sistem penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme.
  • Kongsi Konten di :

    Waktu Solat Kuala Lumpur
     
    Subuh 5:50
    Zohor 1:23
    Asar 4:45
    Maghrib 7:30
    Isyak 8:44

     

    Dengar SuriaFM
    Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
    PRK Bukit Gelugor
    Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
    PRK Teluk Intan
    Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
    Riuh Rio Brazil 2014
    Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
    Tragedi Pesawat MH370
    Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
    KE7B Greenland 2014
    Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


    IKLAN@UTUSAN

    IKLAN@UTUSAN

    MENARIK
    Ruang iklan percuma hartanah, produk
    Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
    Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
    Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
    Aduan sukar dapat naskhah akhbar
    Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
    Gambar kahwin Album Raja Sehari
    Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
    Mari baca Utusan Melayu Mingguan
    Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
    SMS News Alert Utusan Malaysia
    Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.