VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 24/06/2010

Potensi Malaysia jadi pusat rujukan halal sedunia

INDUSTRI halal bukan hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja malah ia merangkumi sektor yang lebih besar merangkumi farmaseutikal, kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain di dalam ekosistem industri halal.

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 (Mihas 2010) Ke-7 yang sedang berlangsung sekarang adalah platform terbaik dan penting bagi usahawan Malaysia khususnya dan negara-negara ASEAN secara amnya dalam usaha untuk menembusi pasaran halal global.

Mihas semakin mendapat penyertaan dari negara luar yang mula menyedari potensi besar dalam industri halal ini. Mihas 2010 disertai oleh 169 syarikat asing dan 334 syarikat tempatan dari 32 buah negara dengan Itali, Albania, Belgium, Hong Kong dan Romania merupakan peserta baru. Untuk rekod, Mihas 2009 disertai oleh 127 syarikat asing dan 402 syarikat tempatan.

Di samping Mihas, Forum Penyelidikan Halal Sedunia (WHR) diadakan di Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC) untuk memberi penerangan yang lebih jelas dan berinformasi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan industri halal dan platform untuk berkongsi idea dan inovasi baru untuk faedah industri.

Kesungguhan Malaysia menjadi peneraju hab halal dunia terbukti dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletakkan di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) untuk menjadi sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini.

HDC berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi integriti halal, membangun, mempromosi dan memasarkan jenama halal Malaysia dan mempromosi konsep barangan halal dan perkhidmatan di Malaysia kepada pasaran dunia yang lebih luas.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004. Ternyata, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran menerajui industri halal ini.

Di samping itu, kerajaan proaktif dengan menyediakan lapan taman perindustrian pengeluaran produk dan perkhidmatan halal negara dan juga menawarkan insentif menarik untuk menggalakkan perniagaan untuk menyertai industri halal di Malaysia termasuklah elaun cukai pelaburan untuk pengeluaran makanan halal, faedah istimewa untuk eksport produk halal dan pengecualian duti import bahan mentah.

Perdagangan halal di pasaran global mencatatkan nilai RM7.4 trilion setahun dan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang dianggarkan 1.6 bilion adalah pemangkin kepada perkembangan industri halal. Justeru, penglibatan dan usaha berterusan dari semua pihak melalui agensi kerajaan, pihak swasta, usahawan-usahawan mampu merealisasikan hasrat kerajaan menjadi peneraju dan pusat halal sedunia.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.