ARKIB : 13/06/2010
Pembukaan Sukma meriah

MELAKA - Kerancakan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tidak menjejaskan kemeriahan perasmian Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka yang berlangsung gilang-gemilang dan warna-warni disaksikan 40,000 di Stadium Hang Jebat, semalam.
Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob merasmikan acara pembukaan temasya dwi tahunan itu yang disertai kira-kira 9,237 atlet dan pegawai dari 15 kontinjen, termasuk Brunei sebagai jemputan.
Acara pembukaan Sukma, yang pertama kali diadakan di negeri Melaka selepas 24 tahun bermula tepat jam 8.40 malam dengan pertunjukkan 800 peserta memegang sapu tangan warna biru dan merah diiringi lagu tradisional Serampang Dondang Sayang.
Ini diikuti pertunjukkan daripada 160 orang pembawa bendera 14 negeri yang bertanding termasuk Brunei sambil diiringi lagu 1Malaysia.
Turut menyerikan majlis ialah persembahan kompang melibatkan 5,000 peserta daripada 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Suasana bertambah hangat sebaik 15 kontinjen masuk ke dalam stadium untuk memberi lintas hormat, diiringi 13 maskot kejohanan iaitu Tuah.
Kemuncak acara pembukaan ialah nyalaan obor yang dilakukan Tun Mohd. Khalil selepas perisytiharan. Yang Dipertua negeri menerima baton daripada bekas jaguh bina badan negara, Datuk Gan Boon Leong yang menerimanya daripada lagenda bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam ucapan perasmiannya berkata, temasya edisi ke-13 ini membuktikan ia telah berkembang berbanding ketika mula diperkenalkan di Kuala Lumpur pada 1986.
Mohd. Ali dalam ucapannya pula berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM105 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur termasuk membina dan menaiktaraf gelanggang untuk temasya tahun ini.
"Pemilihan Melaka selaku tuan rumah Sukma kali ini amat bermakna kepada seluruh rakyat di negeri ini," katanya.
Turut sama ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Datuk Zolkples Embong.
Sukma XIII yang bermula sejak Isnin lalu hingga 19 Jun ini mempertandingkan 33 jenis sukan berbanding 31, dua tahun lalu.
Sementara itu Terengganu meraih emas 80km ujian masa berpasukan lelaki dengan catatan rekod baru, 1 jam 35 minit 22 saat, memadam rekod lama 1 jam 37 minit, dua tahun lalu.
Nur Najwa Radin Dzulfakar dari Wilayah Persekutuan pula mencuri tumpuan dalam acara boling apabila melakukan jatuhan sempurna dalam acara individu wanita, sekali gus merangkul pingat emas.
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Zulfahmi kesembilan di Catalunya, Hafizh ke-18
Liga-M diswasta 2015
Rozabil ganti Shahidan
Penyokong harap Johor DT julang Piala FA
2,000 tiket final percuma untuk anak Johor
10,000 saksikan skuad Pulau Pinang julang Piala FAM
Chong Wei rangkul kejuaraan kelima
Pantau persiapan Sukma 2014 - Raja Perlis
Peletakan jawatan Revington merugikan negara - Zolkples
'Nabil masih perlu banyak belajar'
Zulfahmi raih 7 mata berharga di GP Catalunya
Chong Wei raih kejuaraan Terbuka Indonesia kelima
Revington letak jawatan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











