ARKIB : 13/06/2010
Dasar Pertanian Negara Ke-4 Januari
![]() |
|
NOH Omar merasmikan Skuad Cegah Denggi di Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengumumkan Dasar Pertanian Negara Keempat pada Januari tahun depan yang diselaraskan dengan Model Baru Ekonomi (MBE).
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, dalam merangka dasar itu beberapa agensi di bawahnya seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan akan diminta mengkaji akta dan undang-undang masing-masing.
Menurutnya, akta dan undang-undang sedia ada mesti disesuaikan dengan MBE kerana ketika agensi-agensi berkenaan ditubuhkan ia mungkin hanya sesuai dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
"Kita akan meminda mana-mana peraturan yang tidak lagi sesuai kerana sekiranya masih terikat dengan undang-undang tahun 60-an dikhuatiri apa yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tercapai menjelang 2020," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Noh berkata demikian selepas merasmikan Program Juara Rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Swasta UMNO Bahagian Wangsa Maju yang turut dihadiri Ketuanya, Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah.
Pada majlis yang sama Noh turut melancarkan Skuad Cegah Denggi Pemuda UMNO Wangsa Maju.
Dalam pada itu Noh memberitahu, pihaknya sedang merancang beberapa langkah bagi menggalakkan aktiviti pertanian diteruskan terutamanya di bandar-bandar.
"Jumlah penduduk bertambah tetapi tanah semakin berkurangan maka itu kita memikirkan bagaimana penghuni rumah pangsa di bandar boleh menjalankan aktiviti pertanian tanpa tanah," katanya.
Katanya, menanam sayur-sayuran di rumah melalui kaedah fertigasi, bukan sahaja boleh menambah pendapatan penghuni rumah pangsa malah mereka boleh menikmatinya sekeluarga selaras dengan konsep Bumi Hijau.
Jerebu bertambah buruk, topeng mula digunakan
Kedah tubuh makmal transformasi ke arah negeri maju
Skuad Pengguna kakitangan awam pantau harga barang
3 negeri diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka
Mahkamah Koroner ditubuh tangani kes kematian tahanan
Tiada pertempuran denggan pengganas Kiram - Esscom
Tidak perlu layan pembangkang
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











