VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 12/06/2010

Menguji lensa di Ho Chi Minh


Terowong Chu Chi sepanjang 200 kilometer itu merupakan laluan persembunyian yang dibina oleh tentera Vietkong.


SETELAH lama merancang dan mengkaji tempat-tempat menarik yang terdapat di rantau ini, kumpulan kami yang terdiri daripada lapan orang akhirnya memutuskan Ho Chi Minh, Vietnam sebagai destinasi pilihan.

Hasrat percutian bukan sahaja untuk melihat tempat dan budaya masyarakat Vietnam malah sebahagian besar daripada kami berkongsi minat yang sama dalam fotografi.

Untuk melancong dengan selesa dan mendapatkan rakaman gambar yang baik, sedikit kaji selidik dilakukan melalui laman web pelancongan Vietnam, laman sosial bahkan ada antara kami yang bertanyakan penduduk negara itu yang menetap di Malaysia.

Semestinya, faktor geografi Vietnam yang dekat dengan Malaysia banyak membantu kami menjimatkan masa. Dengan tiket berharga RM357 untuk dua hala yang diperolehi melalui tempahan awal, penerbangan selama satu jam 50 minit membawa kami ke bumi yang pernah dinamakan Saigon oleh Amerika Syarikat (AS).

Dari Lapangan Terbang Ho Chi Minh kami menaiki teksi ke kawasan tumpuan pelancong bajet atau backpackers yang dikenali sebagai District 1 untuk mencari penginapan. Selepas mendapat bilik pada harga RM100 semalam, perut mula berkeroncong minta di sini.

Mencari restoran halal tidak terlalu sukar di bandar yang mempunyai tujuh juta penduduk itu.

Hanya beberapa minit jalan kaki dari hotel penginapan sudah boleh temui beberapa restoran halal.

Di sekitar District 1, kami merayau mencari pemandangan menarik untuk dijadikan santapan lensa.

Keesokan harinya kami melawat produk pelancongan yang cukup terkenal di Vietnam iaitu Terowong Cu Chi.

Perjalanan selama dua jam dari Saigon dengan tambang kira-kira RM10 menyajikan pemandangan kampung yang dipenuhi sawah padi saujana mata memandang.

Kami kena bayar kira-kira RM25 lagi untuk ke kompleks terowong bawah tanah tinggalan zaman perang.

Terowong Chu Chi sepanjang 200 kilometer itu merupakan laluan persembunyian yang dibina oleh tentera Vietkong semasa menentang penjajahan AS.

Pengalaman memasuki terowong itu sedikit-sebanyak menyedarkan kami keperitan yang ditanggung rakyat negara itu semasa peperangan.

Namun apa yang lebih menarik ialah teknologi pembinaan terowong yang dilengkap dengan sistem pengudaraan, tandas, tempat masak dan berlindung yang dibina sepanjang laluan 100 meter yang kami lalui.

Walaupun pengalaman itu cukup memenatkan pinggang namun ia memberi kepuasan kerana berpeluang berada di lokasi bersejarah itu.

Malah pengunjung juga diberi peluang mencuba rifel AK47 yang digunakan sebagai senjata utama oleh tentera Vietkong ketika menentang pencerobohan AS.

Selepas Terowong Chu Chi, destinasi seterusnya ialah menaiki feri menuju ke Vung Tau yang terkenal sebagai kawasan perindustrian minyak dan gas asli di Vietnam.

Kepenatan perjalanan hilang diterbangkan bayu laut sebaik sahaja tiba di kawasan pesisir pantai Vung Tau.

Persinggahan pertama semestinya untuk mencari restoran makanan laut yang terkenal di kawasan itu. Rambang mata apabila melihat ikan, sotong, ketam dan udang yang segar dihidangkan.

Suasana malam di Vung Tau memberikan pengalaman yang berbeza. Di tepi-tepi jalan dipenuhi gerai bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Keistimewaan menikmati makanan laut di restoran terapung itu adalah paras air laut yang hampir mencecah lantai restoran.

Destinasi hari ketiga pula ialah Christ of Vung Tau yang dibina pada tahun 1974. Patung gergasi yang menyamai Christ the Redeemer di Rio De Janeiro.

Susunan tangga yang mencanak ke puncak bukit itu cukup mencabar lebih-lebih lagi dalam cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius. Namun apabila tiba di puncak, keindahannya menakjubkan.

Tengah hari itu kami menaiki feri untuk pulang ke bandar Ho Chi Minh. Seperti biasa, penginapan adalah perkara pertama yang perlu diselesaikan. Kali ini kami memilih untuk tinggal berhampiran dengan pusat bandar.

Pada harga RM80 semalaman untuk bilik memuatkan dua orang, kami cukup berpuas hati dengan keselesaan hotel bertaraf tiga bintang itu.

Selepas makan tengah hari di Halal Saigon, aktiviti petang itu diteruskan dengan meninjau Pasar Saigon. Buah tangan untuk rakan-rakan di Malaysia tidak dilupakan.

Pada sebelah malam, kemeriahan di kota Ho Chi Minh dinikmati dengan persembahan muzik secara langsung di Hard Rock Cafe Saigon. Peluang yang ada digunakan untuk melihat semula gambar-gambar yang telah berjaya dirakam sebelum hari terakhir menjelma keesokkan harinya.

Kemeriahan Pasar Ben Thant membuatkan kami kembali pada hari terakhir untuk mendapatkan barang-barang yang ditawarkan pada harga yang cukup murah.

Vietnam mempunyai pelbagai tarikan yang menawarkan pengalaman percutian yang sesuai untuk setiap peringkat, mewah dan sederhana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.