ARKIB : 08/06/2010
Pindaan Akta Jualan Langsung tingkat prospek perniagaan di Malaysia
KUALA LUMPUR 8 Jun — Pindaan ke atas Akta Jualan Lansung 1993 dijangka akan meningkatkan keyakinan peniaga dan pelabur terhadap prospek perniagaan dalam negara kerana ia akan membuatkan perniagaan jualan langsung dijalankan dengan lebih beretika.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakcob berkata, pihaknya juga yakin rang undang-undang itu akan dapat mengekang perlakuan salah dalam mempromosi pelan pemasaran yang menjurus kepada Skim Piramid itu daripada berleluasa.
"Seterusnya rang undang-undang ini juga akan dapat mencegah penipuan ke atas orang ramai,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Menurutnya, pindaan ke atas akta itu bertujuan melindungi hak dan kepentingan pengguna, menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti jualan langsung yang beretika dan melarang segala kegiatan berbentuk Skim Piramid dan Skim Cepat Kaya.
Keseluruhan pindaan melibatkan 32 fasal yang boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu perlesenan, penguatkuasaan serta pendakwaan dan umum. - Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









