ARKIB : 05/06/2010
Empat tonggak Liga Super perkuat skuad bola sepak Sukma Kelantan

KOTA BHARU 4 Jun - Skuad bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Kelantan diperkuatkan dengan empat tonggak dari Liga Super bagi mencipta sejarah untuk membawa pulang pingat emas buat kali pertama ke negeri ini.
Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Ahmad Jazlan Ya'akob berkata, empat pemain tersebut ialah Mohd. Nizab Ayub, Mohd. Ailim Fahmi Kamaruddin, Mohd. Zamri Ramli dan Ramzul Zahini Adenan.
Katanya, sasaran itu mampu dicapai sekiranya pemain mempamerkan kesungguhan serta disiplin yang tinggi baik di dalam mahupun luar padang.
''Kita amat berharap Mohd. Nizab dan Mohd. Zamri akan menggunakan pengalaman mereka semasa beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu untuk membimbing rakan-rakan sepasukan.
''Kita tidak pernah membawa pulang pingat, jadi inilah peluang yang terbaik untuk pemain membuktikan bahawa mereka mampu mencipta sejarah baru buat bola sepak Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera untuk pasukan bola sepak Kelantan yang berlangsung di Wisma Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di sini semalam.
Ahmad Jazlan turut melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa skuad kali ini mampu melangkah dengan lebih jauh berdasarkan ramuan pemain yang dimiliki.
''Saya difahamkan, sebahagian pemain pernah mewakili skuad Piala Presiden Kelantan untuk musim ini dan kita mendapat sokongan penuh dari Kafa.
''Tahun ini, pasukan kita diperkuatkan dengan kehadiran empat tonggak yang berpengalaman dan saya harap mereka dapat memberikan sesuatu untuk pasukan," ujarnya
Ahmad Jazlan berkata, ini peluang terbaik buat pemain pasukan Kelantan membuktikan kepada pihak Kafa bahawa mereka adalah pelapis yang mampu menggalas cabaran untuk pasukan utama pada masa depan.
Risiko hidap penyakit berjangkit
Kerajaan negeri digesa terus aktiviti kebudayaan
Kelantan akan bina 90 unit kedai
Melayu Kelantan kurang risiko hidap gastrik
Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun
Pertukaran 10 pegawai tadbir
12 pelajar UMK bakal ke Jepun
Pesara dihargai dengan anugerah Tokoh Guru
Maik tekad bantu miskin tegar
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









