ARKIB : 05/06/2010
Tanaman koko beri pendapatan lumayan
JOHOR BAHRU 4 Jun - Para petani digalak mengusahakan tanaman koko bagi memenuhi permintaan tinggi dan keperluan industri berkenaan yang menjanjikan pendapatan lumayan.
Pengurus Besar Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Dr. Azhar Ismail berkata, negara kini hanya mampu mengeluarkan sebanyak 360,000 tan metrik koko setahun daripada 25,000 hektar ladang yang ada di negara ini.
"Pada 2008, kita berjaya menghasilkan 360,000 tan metrik koko. Jumlah itu merosot kepada 260,000 tan metrik pada 2009 dan bagi menampung keperluan koko negara, kita terpaksa mengimport kira-kira 70 peratus dari negara Afrika Barat termasuk Indonesia.
"Justeru, kerajaan memang menggalakkan para pekebun kecil untuk mengusahakan tanaman koko kerana ia mampu memberikan pulangan kepada petani iaitu setiap kilogram koko berharga RM17," katanya selepas merasmikan Karnival Koko Malaysia di Danga City Mall di sini hari ini.
Menurutnya, daripada 25,000 hektar ladang koko di seluruh negara, sebahagian besar terdapat di Sabah iaitu sebanyak 9,000 hektar manakala bakinya di Semenanjung iaitu Pahang (3,000 hektar) diikuti Perak dan Kelantan.
Selain itu, katanya, ladang koko juga terdapat di Johor iaitu di Rengit dan Batu Pahat melibatkan 516 hektar membabitkan 206 pekebun.
Dr. Azhar berkata, dengan harga koko yang tinggi, para pekebun boleh memperoleh pendapatan bersih kira-kira RM1,000 sebulan bagi setiap 0.4 hektar koko yang ditanam.
Menurutnya, komoditi koko dari negara ini telah mendapat pasaran luas di 80 buah negara disebabkan kualitinya yang baik.
Kenapa pembangkang hendak melenting?
Bangkitlah daripada kekecewaan
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
Adam Adli direman lima hari
'Saya sedia disaman'
Himpunan di Utusan Melayu: Khalid diminta bertindak tegas
Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir
Laporan Malaysiakini tidak tepat sama sekali - SPRM
Jangan perlekeh Perkasa - Ibrahim
Kampung tersusun atasi masalah rumah
Pembangunan seimbang buat rakyat
SPNB hina kemampuan kontraktor Melayu
MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh
Atlet paralimpik berjaya renangi Selat Pulau Pinang
Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta
20,000 kunjungi Festival Hari Guru
Perbaiki kelemahan - Rohani
Jangkitan HIV tunjuk peningkatan mendadak
Didik bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









