ARKIB : 30/05/2010
Krisis dalaman PKR makin meruncing - Mohd. Fairus
KULIM 30 Mei — Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat(PKR) kini kian meruncing dan parti itu hanya menunggu masa untuk “karam”.
"Jika dulu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tohmahan bahawa ”kapal Umno” akan menerima nasib seperti ”Titanic” tapi hakikatnya kini, itulah nasib yang akan dialami PKR tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di Kampung Sungai Tengas, dekat sini malam tadi.
Hadir sama pada majlis yang disertai hampir 1,000 penduduk tempatan itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin.
Mohammad Fairus berkata, Anwar kini berada dalam keadaan terdesak kerana semakin ramai anggota Melayu yang lari keluar PKR kerana bosan dengan tindak-tanduk dan janji palsu pemimpinnya.
Jelasnya, kini Penasihat PKR itu menaburkan pula janji menggunung untuk memberi kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua kepada orang Cina setelah PAS ditawarkan untuk jawatan timbalan pertama jika beliau menjadi Perdana Menteri. - Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










