VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 29/05/2010

Manik kaca warisan Orang Ulu


VICTORIA Mujan Nyeigok melakukan demonstrasi membuat manik kaca menerusi proses pemanasan di Pusat Kraftangan Miri, baru-baru ini.


MIRI 28 Mei - Aksesori manik kaca sememangnya sudah menjadi budaya masyarakat Orang Ulu dan ia diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Oleh kerana ia barang warisan, seutas rantai manik kaca yang berusia ratusan tahun mampu mencecah ribuan ringgit, manakala harga sebiji manik kaca tersebut mampu mencecah ratusan ringgit.

Berbanding manik yang diperbuat daripada tanah, manik kaca sentiasa mendapat tempat di kalangan pembuat aksesori manik mahupun peminat manik.

Selain tidak mudah pecah, manik kaca mempunyai permukaan yang licin, bersinar dan elegan jika dipadankan dengan pakaian yang sesuai.

Manik kaca yang sudah siap pula boleh dijadikan pelbagai aksesori yang menarik seperti anting-anting, gelang tangan, rantai leher dan buah rantai.

Keunikannya dalam pelbagai warna dan bentuk seperti bulat, leper, segi empat dan bujur amat sesuai dijadikan sebagai buah tangan atau hadiah cenderamata kepada tetamu.

Bagaimanapun, kesukaran untuk mendapatkan bekalan manik kaca tempatan telah memaksa pengusaha kraf tangan manik terpaksa menempah bekalan dari luar terutama Indonesia.

''Selain sukar mendapatkan bekalan, perasaan ingin tahu mengenai cara membuat manik-manik kaca membuak-buak dalam diri saya sejak remaja.

''Lantaran itu, saya bertekad untuk mencari kursus membuat manik kaca, sehingga saya hampir pergi ke Indonesia," kata pengusaha manik kaca, Victoria Mujan Nyeigok, 39, wanita Kayan dari Tubau, Bintulu kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui semasa demonstrasi membuat manik kaca di Pameran dan Promosi Batik dan Tenun 1Malaysia di Pusat Kraftangan Miri, baru-baru ini.

Menurut Victoria, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, hasratnya untuk mempelajari teknik menghasilkan manik kaca menjadi kenyataan apabila beliau ditawarkan untuk mengikuti kursus manik kaca di Langkawi.

Selama dua bulan berkursus, banyak pengalaman ditimba oleh Victoria terutama dari segi kemahiran asas membuat manik kaca.

''Pada mulanya amat sukar kerana saya tidak pernah membuat manik kaca. Tambahan pula, kami dilatih dengan teknik blowing menggunakan api dan gas," katanya ketika menceritakan pengalaman manis itu.

Pengalaman yang ditimba tidak pernah disia-siakan, selepas menamatkan kursus, Victoria kini membuka bengkel untuk memproses manik kaca dan memberi latihan bagaimana menghasilkan manik kaca kepada mereka yang berminat.

Lebih suka berdikari dengan menggunakan modal sendiri, beliau kini boleh berbangga kerana memiliki premis perniagaan di Bangunan Kedai Mara, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu dengan dibantu oleh empat kakitangannya.

Menurut Victoria, beliau sudah berjinak-jinak dengan kraf tangan manik sejak berusia lima tahun dan melibatkan diri secara serius ketika berusia belasan tahun.

''Sejak kecil lagi, saya sudah biasa melihat nenek dan ibu menyusun manik membuat topi untuk turun ke huma. Saya turut menyusun manik untuk gelang tangan, sarung pen dan bekas alat tulis," tambahnya.

Jelas ibu beranak tujuh ini, beliau menyimpan hasrat untuk menceburkan diri dalam industri manik kaca kerana begitu tertarik dengan rantai manik kaca yang diwarisi daripada nenek moyangnya.

''Tidak seperti manik tanah liat, manik kaca tidak mudah pecah dan berseni. Inilah yang mendorong saya untuk melibatkan diri secara komersial," katanya yang sebelum ini merupakan penjual pelbagai kraf tangan seperti parang Orang Ulu, tikar kaum Penan, bakul rotan, pakaian tradisional dan Pua Kumbu.

Mengenai perancangan masa depan, beliau berharap dapat mengembangkan perniagaan dan pada masa yang sama melatih lebih ramai generasi muda di kalangan anak-anak tempatan untuk menceburkan diri dalam penghasilan manik kaca.

''Saya bersedia untuk berkongsi kemahiran ini memandangkan setakat ini belum ada pusat seumpama itu di Sarawak. Mereka yang berminat boleh datang ke bengkel saya di Bintulu yang dibuka setiap Isnin hingga Sabtu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.