VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 26/05/2010

Sediakan latihan kemahiran


Pelatih tekun mempelajari kursus jahitan pakaian wanita ketika di Kolej Inforana, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU 25 Mei – Anggapan ibu bapa dan masyarakat bahawa anak-anak hanya akan berjaya jika melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka kini tidak lagi boleh diterima.

Ini kerana, kini terdapat pelbagai pilihan sama ada kolej atau pusat latihan kemahiran yang menawarkan kursus yang setaraf malah ada yang lebih baik daripada IPT.

Keperluan terhadap graduan-graduan yang mahir dalam bidang pengurusan, teknikal serta rekaan fesyen amat tinggi menyebabkan wujudnya pelbagai kolej dan pusat latihan yang menawarkan kursus dalam bidang-bidang tersebut.

Antara yang menawarkan kursus-kursus kemahiran adalah Kolej Inforana. Kolej ini menawarkan latihan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengurusan, vokasional dan teknikal, jahitan dan fesyen serta perhotelan dan pelancongan.

Kolej Inforana yang terletak di Jalan Tok Lam dekat sini ditubuhkan pada 1 April 2002 dan didaftarkan sebagai pusat kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelancongan.

Kolej itu diterajui oleh Pengarah Eksekutifnya, Ahmad Ramzi Abd. Rahman dan isterinya, Naimatulasma Abdullah serta lebih 40 orang kakitangan yang berwibawa.

Menurut Pengurus Pusat Bertauliah, Nor Salwani Mohd., Kolej Inforana mengorak langkah dengan membuka dua lagi kampus latihan kemahiran iaitu di Telaga Mengkudu, Bukit Payung dan di bandar Marang dekat sini dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 300 orang.

“Kita menawarkan kursus dalam pelbagai bidang khususnya ICT, jahitan dan fesyen serta pelancongan di kampus yang terletak di Wisma Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini dan Bukit Payung manakala di kampus cawangan Marang pula menawarkan kursus perhotelan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, bagi memantapkan kemahiran serta kursus yang ditawarkan, pada 14 Julai 2003, Kolej Inforana telah diperbadankan sebagai Infrana Holdings Sdn. Bhd. dan telah mengembangkan lagi perniagaan iaitu membina sebuah Kolej Perhotelan dan Pelancongan bersama sebuah resort yang diberi nama Quinara Resort.

Tambahnya, resort yang dibina di atas tanah seluas 3.6 hektar di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus dekat sini bernilai RM6 juta dan dijangka siap tahun depan.

“Apabila resort berkenaan siap, ia memudahkan para penuntut menjalani praktikal selain diberi pendedahan terhadap kursus-kursus yang diambil secara lebih dekat ,” jelasnya.

Kolej Inforana juga menyediakan pembiayaan latihan secara percuma melalui Kementerian Belia dan Sukan, Yayasan Pelajaran Mara (YPM), kerajaan negeri Terengganu, Yayasan FELCRA dan FELCRA Training.

Selain latihan secara pembiayaan percuma, terdapat juga latihan secara pinjaman daripada Yayasan Negeri Terengganu dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Kolej Inforana di talian 09-6245 072 atau layari laman web http://www.inforana.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.