VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 20/05/2010

Kekuatan mental pasukan negara lemah

SEBAGAI peminat sukan badminton, saya melihat ada satu aspek kelemahan ketara yang diperlihatkan khususnya oleh pasukan badminton Piala Thomas Malaysia.

Kelemahan tersebut ialah dari segi kekuatan mental. Kekurangan dari segi kekuatan mental inilah yang jelas menjadi punca kepada kekalahan Malaysia kepada Jepun serta dibelasah oleh China.

Bagi saya Malaysia tiada masalah dengan skil permainan individu, malah 10 pemain teratas dunia mempunyai kemahiran permainan yang hampir sama sahaja.

Cuma yang membezakan mereka ialah kekuatan mental masing-masing semasa bertarung di gelanggang. Pemain dari China, Korea Selatan dan Jepun jelas memperlihatkan kelebihan dari aspek ini.

Ini dibuktikan oleh pasukan Piala Uber Korea Selatan yang berjaya menumbangkan China.

Dengan semangat juang yang tinggi, semangat melawan yang kental dan tidak mudah menyerah kalah, mereka akhirnya berjaya membuat kejutan.

Ciri-ciri ini sangat kurang pada pemain Malaysia. Mereka mudah tertekan dan akhirnya tewas dalam keadaan yang memalukan. Apa yang saya perhatikan, Lin Dan banyak mengalahkan lawannya hanya dengan psikologi sahaja.

Bahasa tubuh serta mimik mukanya cukup untuk membuatkan pemain lain berasa gentar dan mudah menyerah kalah. Kita boleh andaikan watak Lin Dan dalam permainan badminton adalah seperti 'gangster' sementara Datuk Lee Chong Wei menampakkan watak yang terlalu baik dan pemalu. Keperibadian sebegini sukar untuk menjadi juara dunia.

Jurulatih tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Tetapi kita boleh persoalkan peranan pakar psikologi yang khabarnya ada ditugaskan dalam pasukan Malaysia. Sudah sampai masanya BAM mengkaji bagaimana pasukan seperti China berjaya membina kekuatan mental pemain-pemainnya. Pendekatan dalam membina pasukan badminton bermula dari pasukan pelapis perlu dikaji semula. Bagi saya kekuatan mental perlu lebih dititikberatkan berbanding kemahiran bermain. Mungkin dalam nisbah 60: 40. Setiap pemain yang terpilih mewakili Malaysia boleh dianggap sudah mempunyai skil dan bakat yang istimewa. Cuma perlu digilap sahaja.

Saya mencadangkan:

1. Setiap pemain diberi latihan ketenteraan fizikal dan mental. Untuk itu setiap pemain termasuk skuad pelapis diwajibkan menyertai pasukan Wataniah.

2. Kem bina semangat yang sering diadakan sebelum kejohanan besar perlu dibuat di saat akhir dan bukannya seminggu atau dua minggu sebelum kejohanan. Program bina semangat yang diadakan terlalu awal tidak memberi sebarang kesan.

3. Biasakan pemain kepada beberapa aktiviti seperti public speaking untuk menghilangkan sifat malu dan gemuruh.

4. Watak 'gangster' seperti Lin Dan perlu dibentuk kepada pemain sejak dari awal lagi. Yang kita mahukan ialah pemain yang apabila bertarung di gelanggang mereka mestilah bersifat garang, ego dan sombong terhadap lawan.

Saya berharap agar BAM bersifat terbuka dan menimbangkan pelbagai cadangan yang mungkin diutarakan oleh pelbagai pihak demi untuk kebaikan badminton Malaysia. Skil dan permainan yang hebat tidak membawa sebarang makna jika mental lemah.

ROSLAN ABU BAKAR

Arau, Perlis

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.