VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 18/05/2010

Messi tambah koleksi Kasut Emas

MADRID - Lionel Messi menambah koleksi Kasut Emas selepas menjaringkan dua gol ketika menewaskan Valladolid, kelmarin sekali gus menutup kempen La Liga dengan 34 gol.

Ranking yang dikeluarkan www.eurotopfoot.com menunjukkan penyerang Argentina itu telah mengumpul 68 mata, 10 mata lebih daripada pesaing terdekatnya Didier Drogba dari Chelsea dan pemain Udinese, Antonio Di Natale yang masing-masing berkongsi 29 jaringan gol.

Messi menjaringkan gol ketiga dan keempat Barca untuk melengkapkan kemenangan 4-0 ke atas Valladolid, seterusnya memberi Barca kemenangan kedua berturut-turut liga, kelmarin.

Jumlah jaringan Messi itu menyamai rekod milik bekas penyerang Brazil, Ronaldo pada musim 1996-97 yang melayakkannya menerima Kasut Emas.

Tahun lalu, penyerang Atletico Madrid dan Uruguay, Diego Forlan memenangi kasut itu dengan 32 jaringan gol - Reuters

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.