VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/05/2010

Abu Kassim ketuai senarai 159 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang


ABU Kassim Mohamed (tengah) yang dikurniakan SSAP bergambar bersama Mohd. Zaini Hassan (kanan) dan Mohd. Azizan Che Omar yang dianugerahkan DIMP pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang, semalam.


PEKAN 17 Mei - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengetuai senarai 159 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Abu Kassim dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerahkan SSAP kepada tujuh lagi penerima iaitu Pengarah Urusan Kinsteel Berhad, Tan Sri Pheng Yin Huah; Pengarah Urusan Green Effect Sdn. Bhd., Datuk Esa Mohamed; Pengarah Urusan UNO Aquaculture Corporates Sdn. Bhd., Datuk Teo Tsoon Yong.

Turut dianugerahkan darjah SSAP ialah Pengarah Kumpulan K-Link International Sdn. Bhd., Datuk Abd. Kadir Mohd. Shariff; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan London Biscuits Berhad, Datuk Liew Yew Chung; Ketua Pegawai Eksekutif Masterskill Education Group Berhad, Datuk R. Santhara Kumar dan Pengarah Urusan Korporat Kumpulan BLD, Lau Hieng Su @ Lau Hieng Sii.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Bank Mayapada International TBK, Dr. Tahir merupakan penerima anugerah tunggal darjah SSAP Kehormat yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman dan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah pula dianugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada tujuh penerima iaitu Pengarah Kumpulan K&N Kenanga Holdings Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob; Pengurus Besar Kanan Malaysia Airlines Berhad, Datuk Bernard Francis; Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd. Tajudin Don; Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin dan Pengarah Urusan Berkat Hartamas Sdn. Bhd., Kuek Boon Haw.

Dalam pada itu, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Zaini Hassan merupakan antara 88 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima DIMP lain antaranya ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio Ekonomi) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Yussoff Dohab; Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Daud Tahir; Pengarah Eksekutif Metrofirst Hallwark Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Sabri Abdul Manaf dan Pengarah Urusan Kumpulan UWC Holdings Sdn. Bhd., Datuk Ng Chai Eng.

Turut dianugerahi DIMP ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Halimi Abd. Manaf; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor; Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Datin Dr. Norain Abu Talib.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Jabatan Imigresen Malaysia, Raja Mohd. Raja Ismail; Pesuruhjaya Perdagangan Kanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Dzulkfle @ Dzulkifli Mahmud; Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Pos Malaysia, Datin Rohaiza Hashim; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Mohd. Jamal Mahussin; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda.

Lain-lain penerima DIMP ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan, Mohd. Kamal Abdullah; Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Azizan Che Omar; Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing, Dr. Che Rozmey Che Din; Pengarah Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Nasir Khan Illadad Khan dan Inspektor Jeneral Bahagian Pengurusan Strategik Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Rusli Idrus.

Pada istiadat itu, Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lima penerima dan 12 orang menerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (13) dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) seramai 24 orang.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat itu turut dihadiri oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.