VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 17/05/2010

IPD Sentul berpindah hari ini

KUALA LUMPUR 16 Mei - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul akan berpindah ke Balai Polis Jinjang dan Balai Polis Kepong untuk tempoh sementara mulai esok.

Perpindahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf IPD itu yang kini sudah berusia 35 tahun.

Pejabat Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan; Timbalannya, Supritendan Zainuddin Ahmad dan beberapa bahagian termasuk Pengurusan, Logistik, Cawangan Khas dan Ketenteraman Awam akan beroperasi di Balai Polis Jinjang yang akan dijadikan sebagai pusat operasi utama IPD itu.

Balai Polis Kepong pula akan menempatkan Bahagian Siasatan Jenayah, Siasatan Narkotik dan Siasatan Jenayah Komersial.

Zakaria ketika dihubungi berkata, penambahbaikan bangunan baru itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

Menurut beliau, Balai Polis Sentul pula akan ditempatkan di sebuah rumah kedai di Kilometer 4, Jalan Kassipillay di sini.

"Orang ramai boleh menghubungi IPD Sentul di talian 03-62562222 (Balai Polis Jinjang) atau 03-62742222 (Balai Polis Kepong)," katanya.

Menurutnya, kerja-kerja pemindaan telah pun bermula sejak Rabu lalu.

Sebuah bangunan 12 tingkat akan dibina di tapak asal IPD Sentul yang kini terletak di Jalan Ipoh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.