VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 17/05/2010

Sultan Johor ketuai penerima darjah Perlis

KANGAR 16 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengetuai senarai 364 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-67 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, esok.

Baginda menerima Darjah Kerabat Negeri Perlis (DK).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Panglima Briged Sempadan Kem Oran, Brig. Jen. Azmy Yahya; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah; Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Selayang, Dr. Ramli Baba dan Panglima Markas 2 Briged, Perak, Brig. Jen. Datuk Zulkifli Mansor menerima Darjah Dato Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Empat orang tersenarai menerima kurniaan Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Spinal Hospital Kuala Lumpur, Dr. Fazir Mohamad; Pengarah Urusan Defcom Services Sdn. Bhd., Kol. (B) Anthony John Silva; Konsultan Pembedahan Ortopedik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. A. Velamanathan dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Omar Osman.

Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang juga membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Pengarah Urusan Cement Industries of Malaysia Bhd. (CIMA), Che Halin Mohd. Hashim.

Sempena sambutan Hari Keputeraan kali ini Tuanku Syed Sirajuddin turut menganugerahkan 11 Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP), 13 Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP), 39 Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP).

Sementara itu, 34 orang akan dianugerahkan Pingat Mahkota Perlis (PMP), 1 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 98 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 125 Pingat Jasa Baik (PJB) dan 31 Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.