VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 16/05/2010

Baiduri sumbang lima komputer

IPOH 15 Mei - Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yussuf, Batu Gajah menerima sumbangan sebanyak lima buah komputer bagi kegunaan pembelajaran mereka.

Sumbangan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Perak (Baiduri) itu disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid dan Pengetua sekolah, Ahmad Sanee Zainal Abidin.

Dalam ucapannya, Saripah yang juga isteri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sumbangan itu merupakan kesinambungan usaha Baiduri membantu anak istimewa memiliki peluang meningkatkan prestasi pembelajaran seiring kepesatan teknologi maklumat.

''Baiduri melihat semua anak berhak untuk mendapatkan peluang belajar dan pemberian lima buah komputer ini diharap dapat digunakan sebaik mungkin," katanya.

Pada majlis penyerahan tersebut, Saripah turut melancarkan blog Kelas Pendidikan Khas sekolah berkenaan.

Sementara itu sempena Hari Guru yang akan disambut esok, beliau mengambil kesempatan melahirkan penghargaan kepada semua golongan guru.

Di akhir lawatannya, Saripah turut dibawa menyaksikan pameran dan meninjau kelas pendidikan khas di samping menyerahkan beg cenderahati kepada para pelajar terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.