VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 15/05/2010

Kraf tangan surat khabar


Johani Baser menunjukkan cara serta kemahiran membuat bakul daripada bahan terbuang di bengkel krafnya di Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 14 Mei – Sesuatu produk kraf tangan memerlukan kreativiti tersendiri apatah lagi apabila ia dihasilkan daripada bahan terbuang seperti kertas surat khabar.

Lebih membanggakan apabila hasil kraf tersebut mampu dijadikan sumber pendapatan dalam meningkatkan taraf hidup keluarga.

Seorang peneroka, Johani Baser, 51, dari Felda Palong 7 dekat sini begitu kreativiti apabila menghasilkan pelbagai produk kraf tangan daripada surat khabar sejak lima tahun lalu yang kini dijadikan sumber rezekinya.

Malah Johani yang sudah bergelar usahawan kraf tangan membuktikan kepada masyarakat setempat apabila berjaya membuka sebuah bengkel.

Hari ini, sebut saja nama Johani di kawasan tersebut pasti semua mengenalinya termasuk hasil kerja yang menarik seperti bakul daripada surat khabar.

Mengulas tentang pembabitan awal dalam perniagaan tersebut, ibu kepada lima orang anak itu memberitahu, ia bermula secara kecil-kecilan dari rumahnya.

‘‘Saya melakukannya hanya untuk mengisi masa lapang. Namun siapa sangka bakul yang dihasilkan akhirnya berjaya menarik hati jiran tetangga.

“Berkat sokongan mereka dan tempahan yang mula meningkat menyebabkan saya bercadang untuk menukarnya kepada perniagaan.

‘‘Di peringkat awal, saya hanya dibantu oleh suami dan menjalankan kerja membuat bakul di dalam rumah,” kata Johani ketika ditemui di bengkel miliknya.

Menurutnya, tempahan yang kian meningkat menyebabkan dia terpaksa membina sebuah bengkel khas untuk dijadikan tempat membuat bakul.

“Di sini jugalah saya mempamerkan hasil kraf tangan saya. Lagipun jika ingin mendapatkan bantuan daripada Kraftangan Malaysia, peniaga harus mempunyai bengkel,” katanya.

Dalam usaha menimba ilmu dalam bidang tersebut, katanya, dia pernah menghadiri pelbagai kursus anjuran Kraftangan Malaysia di Kuala Pilah.

Perniagaan tersebut kini bertambah maju apabila produk kraf beliau tidak sahaja dipasarkan di negeri ini tetapi hingga ke Kelantan.

Tentang kualiti produk, Johani berkata, dia yang juga merupakan seorang peneroka tidak berkompromi dalam perkara itu demi memberi kepuasan kepada pelanggan.

Dari segi harga pula, produk kraf tangan yang dijual itu cukup berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan.

Sebagai contoh, kraf tangan bentuk itik yang dibuat daripada cawan kertas hanya dijual dengan harga serendah lima puluh sen.

‘‘Kraf tangan menggunakan barang kitar semula seperti surat khabar ini tidak memerlukan modal yang besar,” katanya lagi.

Beliau berkata, sekiranya ada pelanggan yang menempah barang dengan kuantiti yang besar, maka pihaknya akan memberikan harga yang lebih rendah.

‘‘Permintaan kraf tangan ini meningkat pada musim cuti sekolah. Kebanyakan pelanggan gemar menempah bakul kecil untuk mengisi telur pada majlis perkahwinan,” katanya lagi.

Tidak mahu berada pada satu tahap saja, wanita ini cuba mempelbagaikan perniagaan dengan mengambil tempahan membuat hantaran.

Dalam pada itu Johani juga sering mengadakan bengkel dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi berkongsi bakat yang dimilikinya.

Sebagai perancangan pada masa depan, usahawan ini turut bercadang untuk membuka cawangannya di tempat lain suatu hari nanti.

Selain menghasilkan bakul menggunakan surat khabar, dia turut membuat kraftangan menggunakan cawan kertas, rotan serta manik.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.