VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 10/05/2010

Peranan ibu bapa ada batasnya

DATUK Nicol David selepas memenangi Kejohanan Skuasy Asia yang ketujuh telah memberi penghargaan kepada keluarga beliau di atas sokongan mereka sejak menceburkan diri dalam sukan ini.

Ibu bapa memang mempunyai peranan yang signifikan di atas penglibatan anak-anak mereka dalam sukan.

Saya telah menyatakan tempoh hari bahawa pelajar-pelajar sekolah lelaki dan perempuan mestilah didedahkan dengan sukan.

Penceburan mereka dalam sukan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pembelajaran mereka di sekolah, tetapi yang penting juga ialah dapat memenuhi hasrat untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat Malaysia.

Ibu bapa yang mempunyai pengalaman dalam sukan semasa di sekolah tidak akan menghalang anak-anak mereka berkecimpung dalam sukan.

Mereka tidak menegah anak masing-masing untuk kembali ke sekolah di sebelah petang atau menghabiskan masa pada Sabtu untuk kegiatan sukan sekolah masing-masing.

Lazimnya, ibu yang tidak pernah terlibat dalam sukan agak keberatan untuk menggalakkan anak masing-masing mengambil bahagian dalam aktiviti sukan di sekolah atau bersukan bersama kawan-kawan di hujung minggu.

Dasar 1 Murid 1 Sukan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran mulai tahun 2011 bertujuan untuk menyemarakkan budaya sukan di kalangan para remaja supaya budaya ini berkembang apabila mereka membentuk keluarga masing-masing pada masa hadapan.

Penglibatan ibu bapa dalam sukan prestasi tinggi juga amat penting.

Penglibatan mereka bukan sahaja memberi sokongan tetapi ada yang sampai menjadi jurulatih kepada anak mereka sama ada di peringkat awal ataupun sehingga anak-anak mereka bersara dari sukan.

Ada ibu atau bapa yang menghabiskan masa untuk menghantar anak-anak mereka berlatih di awal pagi sebelum ke sekolah dan selepas waktu sekolah.

Ini banyak berlaku di kalangan atlet renang oleh kerana mereka terpaksa menjalani latihan dalam jumlah jam yang tertentu yang hanya boleh dilaksanakan di waktu pagi dan selepas waktu sekolah.

Begitulah dedikasi ibu bapa terhadap anak-anaknya yang di antaranya merupakan atlet negara.

Jarang kita mengenali mereka ini kecuali apabila berlakunya kontroversi yang dikatakan mencampuri urusan persatuan sukan yang terlibat.

Kebiasaannya penglibatan ibu bapa lebih terserlah kepada sukan-sukan yang disertai oleh atlet-atlet remaja yang cemerlang ketika di peringkat umur masih muda lagi.

Sukan-sukan renang, gimrama dan gimnastik artistik selalunya melibatkan ibu bapa yang lebih dibandingkan dengan sukan-sukan lain.

Pemilihan atlet-atlet dalam sukan ini khususnya gimrama dan gimnastik artistik yang diadili melalui pemarkahan yang subjektif kerap menimbulkan kekecohan di kalangan ibu bapa yang menuduh pegawai pertandingan atau pegawai persatuan tidak adil atau pilih kasih.

Selama saya bertugas di Majlis Sukan Negara saya kerap menghadapi masalah begini walaupun saya tahu kebanyakan daripada rasa tidak puas hati ibu bapa berkenaan sememangnya tidak berasas.

Kita tidak boleh menidakkan peranan mereka dan sepatutnya memahami perasaan mereka.

Lebih mendalam mereka terlibat dengan latihan anak-anak mereka, maka lebih rumit lagi untuk pengurusan persatuan melayani kerenah ibu bapa ini.

Satu mekanisme perlu dirangka oleh Pesuruhjaya Sukan untuk membolehkan persatuan-persatuan sukan mengadu kerenah ibu atau bapa yang tidak bertimbang rasa dalam memperjuangkan nasib anak masing-masing sehingga memburukkan kedudukan persatuan-persatuan sukan.

Terdapat keadaan di mana potensi mereka ini tidak diterokai sepenuhnya oleh kerana tahap bapa berkenaan sebagai jurulatih tidak cukup tinggi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.