VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 09/05/2010

Bumi kanggaru pikat Irine


Percutian bersama keluarga yang pasti dikenang sampai bila-bila.


IRINE Nadia Ab. Rahim masih tidak dapat melupakan saat pertama kali menghirup udara segar di bumi Sydey, Australia. Meski pun kaki sudah berpijak dan segala-galanya terbentang di hadapan mata, namun dia masih tidak percaya.

Ibu kota negara kanggaru yang selama ini diketahui menerusi pembacaan bakal dijelajahi. Hilang semua penat dan lenguh badan yang berbuku dek lama berada dalam perut kapal terbang.

Gadis yang mesra disapa Irine itu sebenarnya amat teruja dengan percutian tersebut. Sejak dari Kuala Lumpur lagi dia sudah menyenaraikan aktiviti dan lokasi menarik yang wajib dikunjungi selama sebulan di sana.

Irine ditemani ibu bapa dan abang, Fakhrul Radzi, 20, yang juga pelajar jurusan seni bina di University of Sydney. Fakhrul juga bertindak sebagai juru pandu mereka sekeluarga.

Bermula dari hari pertama, tanpa berasa penat, mereka berjalan kaki ke merata tempat sambil merakam momen indah anak beranak. Terasa indahnya hidup Irine ketika itu.

''Irine paling suka melihat bangunan Sydney Opera House. Cantik sangat. Mana tidaknya, selama ini hanya melihat gambar bangunan kebanggaan masyarakat Australia. Secara keseluruhan pemandangan di sini amat cantik dan bersih. Penduduknya juga tidak lokek senyum. Itu yang buat Irine tabik,'' katanya.

Antara tempat yang dilawati Irine adalah Blue Mountain yang mempunyai legenda seperti Puteri Santubong Puteri Sejinjang di Sarawak. Pemandangan yang menyejukkan itu membuatkan Irine sekeluarga tidak mahu berganjak. Asyik sungguh disapa angin bukit.

Perasaan teruja berterusan sehingga ke Stanwell Park yang mempunyai salah satu pantai yang tercantik. Air yang biru dan ombak yang singgah di persisiran pantai benar-benar mengasyikkan. Angin yang kuat mengiringi boleh menyebabkan tubuh Irine yang kurus itu melayang-layang.

Siri lawatan diteruskan secara berperingkat dari satu hari ke satu hari menuju ke lokasi pelancongan seperti War Memorial Museum, University of Sydney, Harbour Bridge, Bondi Beach dan Luna Park.

''Satu perkara yang Irine perasan bahawa kebanyakan tempat menarik di negara ini dipromosikan secara baik. Contohnya, banyak risalah diletakkan di merata tempat bagi memudahkan pelancong mendapatkan maklumat. Diselitkan juga kupon-kupon diskaun di dalamnya,'' kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ghaffar Baba, Masjid Tanah Melaka ini.

Anak bongsu dari lima beradik ini juga mengabadikan setiap detik perjalanan ke Australia dalam blog miliknya http://www.irinenadia.blogspot.com. Kesemua nukilanya bukan bertujuan membanggakan diri malah lebih kepada perkongsian maklumat bersama rakan-rakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.