ARKIB : 08/05/2010
Satu Azam bantu keluarga pendapatan rendah
SIBU 7 Mei - Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM580 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program Satu Azam dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah.
Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program tersebut yang mempunyai kategori seperti Azam Tani, Azam Khidmat, Azam Niaga serta Azam Kerja akan menjadi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementeriannya yang bakal dilaksanakan di seluruh negara tidak lama lagi.
Katanya, program itu akan membantu keluarga berpendapatan rendah untuk menjalankan projek berkaitan minat mereka seperti Azam Tani untuk projek pertanian, Azam Khidmat untuk kemahiran, Azam Niaga untuk perniagaan dan membantu mencari pekerjaan melalui Azam Kerja.
Menurutnya, di bawah program Satu Azam itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah bersetuju untuk meluluskan sejumlah RM150.8 juta khusus untuk Sarawak.
''Dewan Rakyat telah meluluskan program ini dan kita akan membawanya ke Dewan Negara pula.
''Kita tunggu sahaja minggu ini, insya-Allah akan diluluskan di Dewan Negara dan selepas itu apabila beberapa langkah pentadbiran telah diambil, maka saya akan memulakan program ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Mini Karnival Seni Kraf dan Tani anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dataran Wisma Sanyan di sini.
Hadir sama Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah.
Sementara itu, untuk program Satu Azam di Sarawak, Shahrizat memberitahu, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri serta agensi-agensi yang relevan untuk mengenal pasti keluarga yang memerlukan program tersebut.
Katanya, kementerian dijangka memulakan program berkenaan di Sarawak sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu dengan sasaran pelaksanaan dalam tempoh enam bulan.
Selain itu, tambahnya, kementerian juga ada menyediakan peruntukan kepada golongan wanita yang ingin memulakan perniagaan serta membantu perniagaan sedia ada sebanyak RM5,000 dan permohonan boleh dilakukan melalui Biro Wanita di bawah Pejabat Ketua Menteri.
''Kita ada dua kategori golongan untuk dibantu iaitu pertama kepada keluarga menerusi program Satu Azam manakala kedua pula untuk usahawan wanita bagi memulakan perniagaan atau membantu perniagaan masing-masing," ujarnya.
Gelaran pengkhianat lebih tepat untuk pemimpin Pas patuh arahan parti lain
Syor notis mesyuarat UMNO guna SMS, laman sosial
Najib, Muhyiddin wajar dikekal demi perpaduan parti
Elak perpecahan UMNO berulang
Zahid Hamidi nafi atur pertemuan Najib, Anwar
Cadang Presiden MIC dihad dua penggal
Kelantan, Pusat diperkukuh
Pemimpin Pas Kelantan ditempelak dakwa dianaktiri kerajaan pusat
Jahara dilantik Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
MIC: Pemilihan semua jawatan tahun ini
Wakil rakyat Pas diberi 'tarbiah'
Lebuh raya: Pas Kelantan kutip RM2.6j derma
Jawatan tertinggi: Cermin diri dahulu
Elak kait politik dengan bencana alam, usah rumitkan keadaan - Zahid Hamidi
ROS siasat jumlah undi diterima CEC DAP
Norza dikembali semula hak sebagai ahli UMNO
Selar pemimpin Pas: Haron Din mahukan penjelasan Husam
Siew Kiong pertahan jawatan Exco hormati Sultan
UMNO Wilayah mahu Najib, Muhyiddin kekal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










